CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jemaah Umrah Dah Seminggu Terkandas Di Hotel, Bengang Tiada Langsung Pegawai Kesihatan Datang

14-1-2022 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4649| Komen: 121

Description: Petaling Jaya: “Saya dan isteri sudah seminggu terkandas dalam bilik Hotel AnCasa. Tetapi tiada arahan, tiada pegawai kesihatan yang datang berhubung dengan kami.”
Petaling Jaya: “Saya dan isteri sudah seminggu terkandas dalam bilik Hotel AnCasa. Tetapi tiada arahan, tiada pegawai kesihatan yang datang berhubung dengan kami.”


Itu rungutan seorang jemaah umrah, Abdullah Tahir Salleh, 68, yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut dan sehingga kini tidak tahu bagaimana nasibnya dan isteri selepas terkandas selama tujuh hari di bilik hotel.


Tahir, Foto: Utusan

Menurutnya, mereka menjalani kuarantin di hotel selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada 6 Januari lalu.

“Saya dan isteri memilih untuk kuarantin di hotel AnCasa, saya di bilik 815 dan isteri saya di bilik 817.


“Masalahnya sekarang saya berstatus positif Covid-19 dan isteri saya negatif. Sudah tiga hari saya berstatus positif tetapi tiada langsung arahan daripada Kementerian Kesihatan.

“Malah tiada pegawai kesihatan yang datang melawat kami di sini. Hanya penghantar makanan yang datang ke bilik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, aplikasi MySejahteranya tidak berfungsi selepas kembali dari tanah suci dan ekoran itu dia gagal mengemas kini status kesihatannya.

“Saya sudah berhubung dengan beberapa pusat perubatan berdekatan dan mereka kata tidak dapat menerima saya kerana tiada arahan daripada Kementerian Kesihatan.

“Saya juga menelefon Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps) tetapi mereka maklumkan sudah penuh. Jadi sekarang saya dan isteri tersadai di sini, tidak boleh keluar atau ke pusat kuarantin lain,” katanya.

Menurut beliau, kumpulan warga jemaah umrah yang menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang balik pada tarikh yang sama dengannya sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak lima hari lalu.

“Kini saya risau tentang kesihatan kami. Saya takut kerana positif dan takut penyakit ini akan merebak kepada orang lain.

“Dengan pembayaran penginapan sebanyak RM250 sehari di sini, sudah berapa yang kami perlu bayar kepada hotel dan kami tidak tahu bagaimana cara boleh keluar daripada situasi ini,” ujarnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbikerz 14-1-2022 08:29 AM
gatai sgt nk berumrah la ni pasaipa
Quote Samerosie 14-1-2022 08:31 AM
Well…. Anyway ancasa ni kat PD kan oklah bilik mengadap pantai ada balcony lagi.
Quote Samerosie 14-1-2022 08:32 AM
Eh chop chop kenapa bininya kuarantine bilik lain pula??
Quote cutieslilies 14-1-2022 08:41 AM
dia positip..bini negetip..


dok diam2 jaa dlm bilik tu acikkk... kata takut merebak...
Quote Samerosie 14-1-2022 08:44 AM
cutieslilies replied at 14-1-2022 08:41 AM
dia positip..bini negetip..



Oh ha isteri negative.  Tak pe lah bilik dekat2 boleh calling2 pakai telpon.  Ada astro juga acik.  Acik sabar lah tunggu acik dah negative oklah boleh balik.  Tu sbb pegawai tak dtg kut maybe 5th or 10th day dtg la deme buat test.  

Quote BartholomewKuma 14-1-2022 08:48 AM
Samerosie replied at 14-1-2022 08:32 AM
Eh chop chop kenapa bininya kuarantine bilik lain pula??

Pasai bini dia negatif la kot. Mana nak tau depa dok pi buat lagu tu la kot. Hat positif tok sah dok menggatai pi campoq dengan hat negetif ni
Quote elnor_81 14-1-2022 08:53 AM
Dia ngan bini je dok hotel kan. Org lain kuarantin kat ilim.
Quote Mooverine 14-1-2022 08:59 AM
Masih ramai lagi orang kat MAEPS ya?
Quote krustykrab 14-1-2022 09:17 AM
Tu la pakcik..awat gatai nk pi jgk umrah time2 ni...kan dah tau susah n menyusahkn..
Pandai2 lah pakcik hadap ni semua..ni kan ujian dr Allah..pakcik bersabor je la ye..lg byk ujian pakcik hadap lps balik umroh ni lagi byk pahala pakcik dpt tu pun kalau pakcik berjaya lah..
Break a leg pakcik
Quote Samerosie 14-1-2022 09:18 AM
tapi acik ni sempat la ye call Utusan mengadu domba.  Later2 nanti keluar pula penjelasan KKM sebenanrnya dah briefing acik bagai tapi dia yg nak duduk hotel.  Wife acik mesti legakan honeymoon sorang2 tak de siapa sibuk tanya mana kopi mana itu ini bagai...
Quote stingerkaypoh 14-1-2022 09:21 AM
Tak payah nak harap kkm.. minta tolong sapa2 hantar panadol, vitamin c, d dan zink letak kat lobi..pas tu suruh staff hotel hantor kat bilik pakcik.
Quote prettyuglybabe 14-1-2022 10:36 AM
dah tau duit tak berapa nak ado-ado, pilih kuarantin kat hotel napa..
pastu nak bising-bising pulak..
Quote namieamuro 14-1-2022 10:41 AM
mule2 mmg pilih hotel ke utk kuarantin? die ckp baru 3 hari berstatus positif. kkm bkn ade hari tertentu ke dtg check? kalau isteri dh negatif. bole la check out. bosan ler tu sensorg takde teman kan
Quote bakingsoda 14-1-2022 10:50 AM
pandai2 la ko pikir pakcik sape suruh gi umrah time pandemik?
Quote zamnie 14-1-2022 10:53 AM
Mmg semua yg balik umrah lepas 3jan kena kuarantin kat hotel x blh kat rumah, hrp2 la KKM tgk dorang ni kesian lak..
Quote Suchi 14-1-2022 10:58 AM
Edited by Suchi at 14-1-2022 12:48 PM

Sian pakcik ni ingat dah meluah dapatlah simpati daripada acik2 porem

Nak wat cemana kos kuarantin pun acik2 porem gak yang nak kena tanggung korang



Quote paz 14-1-2022 11:02 AM
Susah nak cakap. Orang tua ni kadang-kadang pemahaman dia orang lain.

Boleh juga menjurus nak marah silap hari bulan.

Apa-apa pun pakcik bersabarlah.
Quote bukannasigoreng 14-1-2022 11:07 AM
tak ada arahan duduk je pakcik diam diam dalam bilik tu. kalau rasa tak sihat nanti call je diorang.
Quote matseh 14-1-2022 11:27 AM
nAK BUAT umrahnya mmg boleh.
Bukan senang nk buat ibadah. Tambahnya time2 Kobid ni.
Dia bimbang sbb tiada pemeriksaan atau follow up dr KKM. Tiba2 kena sesak napas ke, pengsan ke.
Nak tunggu ambulan lama. kalau apa2 jadi.
Good luck to him, semoga cepat sembuh dan cepat kembali ke pangkuan famili

Lihat semua komen(121)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071866 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top