CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Saya Busuk Hati Dengan Nana, Dari Dulu Lagi Saya Buat Macam Tu" - Syura

14-1-2022 08:13 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 18653| Komen: 148|Original author: LilRose

"Perkara ini dah pun berlaku. Susah atau senang saya kena hadapi juga."

Walaupun mengambil masa untuk menghadam kontroversi kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain, Syura Badron kini menerima dugaan itu dengan hati terbuka.

Katanya, sebagai selebriti, dia perlu sentiasa bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku.


Kredit foto: IG

“Saya akui, saya kena ambil sedikit masa untuk hadam semua perkara ini lebih-lebih lagi apabila dikecam. Mungkin orang luar nampak kita biasa sahaja tetapi mereka tak tahu apa yang kita alami," jelasnya.


Syura dalam masa sama menepis tuduhan mengatakan dia dengki dengan kejayaan dikecapi Siti Nordiana atau Nana.

“Ramai juga sebenarnya yang mendakwa saya ni busuk hati atau cemburi dengan kejayaan Nana. Itu semua tidak benar.

“Nana pun dah berjaya sejak daripada GV2. Kalau benarlah saya ada masalah itu, daripada dahulu lagi saya dah buat macam tu. Benda dah pun berlaku dan saya kena hadapinya.

“Apa yang boleh saya katakan, sama ada saya mahupun pihak plantif, masing-masing menginginkan satu keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak. Itu sahajalah harapan saya,” ujarnya.


Kredit foto: IG

Bercerita mengenai kes saman fitnah itu yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, Syura akui ia mungkin berpanjangan agak lama. 

"Saya sendiri tak boleh nak jangka bila kes ini akan selesai,” katanya kepada Media Hiburan.


Kredit foto: IG

Semoga lima sekawan ini mengambil pengajaran dan tidak menceritakan keburukan orang lain di media sosial, mahupun secara live. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-1-2022 08:36 AM
Syura ni ke pengacara astro go shop ke cj wow shop?
Quote kiah_mai_pulak 14-1-2022 08:50 AM
masih nk tegakkan benang yang basah ya.,
Quote pinkzara 14-1-2022 08:54 AM
patutnya hari tu, mohon maaf je. habis cerita
Quote awex^returns 14-1-2022 09:04 AM
syura ni ada aura negatif kat muka dia sejak dulu lagi
nana, walaupun aku tak minat dia aku masih boleh layan lagi masa GV
and aku boleh tengok lagi dia berlakon drama masa ngan Alif Satar

syura ni try hard sangat tapi masih sendurina di pinggir kali
Quote kakakko 14-1-2022 09:10 AM
Kalau betul pun NN tu tak elok perangainya, no need hebah2kan dalam live lah ngoi.. Diam je la. Dah memang salah pun dok buat live benda2 camtu.
Quote mixed 14-1-2022 09:23 AM
mmg ko busuk hati titik!!

Quote Nadiabella 14-1-2022 09:24 AM
Sendiri carik pasal.....now cam nak play victim.....memamg hati busuk
Quote bulalof 14-1-2022 09:25 AM
mentaliti hutan.
Quote brunesss 14-1-2022 09:27 AM
bila dia cakap tak jeles tu lah point nye yang sebenrnya dia jeles busuk hati kat nana kerana nana lebih berjaya. kalau tak, tak kan ko sebok nak umpat dia dengan teman2 sendu awak tu siap buat live lagi.. alahai mak bodo
Quote dudaberhias 14-1-2022 09:30 AM
memang hati dia busuk lagi kepam dan berkeladak... kalau bedah sekalipun boleh nampak jantung heols dan hati perut semua gelap gulita... eeeewwww... adan uker kena saman.. moga kalah dan jadi sesangkaknya untuk membayar saman...
Quote lasagna 14-1-2022 09:32 AM
ahhhhh itu dulu.. tp pd masa tu tetiba hati hitam, so terjebak juga sis!
manusia kan hati mudah berbolak-balik.
Quote RinIna 14-1-2022 09:47 AM
Itula.. masa buat x nak pikir panjang apa akibatnya.. haaa.. sekarang hadaplah yer
Quote Mawar91 14-1-2022 09:53 AM
Edited by Mawar91 at 14-1-2022 09:57 AM

Dlu sebelum GV Nana x femes.Sebb tu ko pon x heran kan.Sorry Zuraida Badron.Aura negatif  fake tu kuat sngt lagi2 lepas kes live membawang pasal Nana tu.Sekalipon Nana berperangai cmtu at least x de la die jaja buruk seantero IG pasal korg.Bole je kau berlima jauhkan diri dari Nana instead membawang tu.Klu fans wartawan tnye bole je ckp no komen ke ape kan.Kate da berpuluh berbelas tahun dlm industri.X kan cmtu pon x leh handle.Sekurgnya nme x busuk mcm skrg.Memane komen medsoc klu ade pasal Syura Lan mesti akan ade netizen komen pasal saman,membawang ,IG live tu.
Quote jlo 14-1-2022 09:53 AM
hmmm meluat.. dasar busuk perut perangai sesekor
Quote cikatilia 14-1-2022 09:59 AM
no wonder tak pemes
perangai gini

kalau jadi diva superstar entah mcm mana agaknya
Quote NonaNaga 14-1-2022 10:00 AM
Syura ni mmg bitter...buruk peeel
Quote Suchi 14-1-2022 10:03 AM
Kalau apa yg dorang umpat pasal nana tu betul pun tapi tak perlu la umpat secara live.

Kita semua pun ada je tak puas hati ngn pangai kwan2 kita tp tak gamak nak g ajak netizen sekali umpat org tu secara live dengan niat nak memalukan dan mengaibkan dia.
Quote missHaidiD 14-1-2022 10:06 AM
Dia try hard nk naik lepas masterchef tp tetap sendu di aidilfitri sajork
Quote Hypothetically 14-1-2022 10:13 AM
Byk saksi korang mengumpat. Sbg org Islam perkara terbaik adalah dgn menutup aib seseorang. Korang bukan hanya tonton kan diri pada sekelumpuk manusia, tapi segenap alam boleh saksikan.  U will hv to face Nana once again di mahkamah masyar depan YG MAHA ESA. Good luck.

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.068630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top