Dua komando Israel terkorban dalam satu insiden tembakan di Tebing Barat kelmarin. Dua pegawai tersebut sedang melakukan rondaan di sekitar pangkalan di Lembah Jordan ketika mereka ‘disangka musuh dan ditembak’ tentera Israel.
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengesahkan insiden itu dan menzahirkan kesedihan serta memaklumkan siasatan segera akan dilakukan, lapor AFP. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett turut mengucapkann takziah kepada keluarga dua tentera berkenaan.
Berdasarkan siasatan awal, dua pegawai tentera itu meninggalkan kuarters dan menuju ke kawasan latihan kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan. Tidak lama kemudian, tembakan amaran dilepaskan selepas pasukan tentera mengesyaki ada musuh cuba menceroboh. Seorang tentera dari unit sama yang ketika itu sedang berkawal di kawasan berhampiran menembak dua pegawai tersebut tampa menyedari mereka adalah rakan sepasukannya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT