sumber foto : Gelwin
Gelwin yang juga merupakan ahli bagi Cari Infonet, menurut pemerhatiannya terdapat seorang pekerja asing telah menjadi mangsa kematian akibat dihempap jejantas tersebut. Melalui gambar jelas menunjukkan pihak polis dan pasukan bomba telah berada di tempat kejadian, mayat mangsa kematian telah pun ditutup.
Daripada gambar yang dikongsikan itu, ketika kejadian berlaku cuaca sedang hujan dan tempat kejadian turut disekat sebagai kawasan larangan. Berdasarkan laporan Harian Metro, penolong pengarah operasi bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail beritahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.53 petang dan tiba di lokasi pada 1.59 petang. "Pemeriksaan mendapati mangsa kematian merupakan warga Indonesia dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian." "Siasatan masih diteruskan bagi mengesan punca kejadian berlaku." Memetik laporan Sin Chew Jit Poh pada bulan Mei, kerja pembinaan jejantas tersebut telah dimulakan pada November lalu dan memerlukan 8 bulan untuk menjalankan kerja-kerja menaiktaraf, dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei tahun ini. Bagaimana pun, sehingga bulan Mei projek tersebut masih tidak nampak apa-apa kesan ia telah siap. - CARI Infonet |
15
Bagus |
10
Marah |
22
Terkejut |
38
Sedih |
28
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT