CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Belagak Kaya Beli Kuih Pakai Duit Palsu

13-1-2022 06:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2175| Komen: 18

Seorang peniaga kuih muih dan makanan di Tapak Penjaja Chembong terpaksa menanggung kerugian apabila menerima sekeping wang palsu bernot RM100 ketika menjual di gerainya, Rembau, kelmarin.



Gambar hiasan

Peniaga berkenaan, Nur Ashikin Kadir, 35, berkata, ketika itu dia sedang sibuk melayan beberapa orang perlanggan termasuklah sepasang individu yang kelihatan tergesa-gesa membuat pembelian tiga jenis menu di gerainya iaitu kuih rojak, mee rojak dan tauhu begedil bernilai RM16.

Menurutnya, sebaik menerima wang berkenaan, hatinya mula terdetik kelainan pada duit berkenaan, namun menganggap duit tersebut baharu sahaja keluar dari mesin juruwang automatik (ATM) dan sekali imbas, duit berkenaan nampak seperti duit tulen.



Nur Ashikin menunjukkan duit palsu (atas) dan duit sebenar yang kelihatan agak sama ketika ditemui di Tapak Penjaja Chembong, di sini, tadi. - NOR AINNA HAMZAH

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang, ada sepasang individu lelaki dan wanita loghatnya seperti orang Indonesia. Mereka nampak seperti kaya dengan menaiki kereta jenis Proton X50.

“Jadi, saya memang tak sangka mereka akan memberikan wang palsu kepada saya. Sebaik menyedari wang berkenaan palsu kira-kira 30 minit selepas kejadian, saya telah memuat naik makluman di page Facebook setempat bagi memastikan peniaga lain tidak tertipu seperti saya dan mengalami kerugian,” katanya.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-1-2022 07:03 AM
Bodoh btol la oenjahat tu
Sebab dia la peniaga ragu2 nak terima rm100 yang tulen skang ni  .
Jimbittt
Quote Suchi 13-1-2022 07:09 AM
Jahat menganiaya ke orang, sorry saya tiada simpati kepada semua pentipu, perompak dan sewaktu dengannya tak kira ko terdesak sbb nk beli susu anak ke apa.
Tp itu bukan tiket utk menganiaya org lain.
Quote Shazid 13-1-2022 07:11 AM
Mentang2 lah gerai tepi jln x alat cek duit plasu tu....kesian betul. Percuma je die dpt duit RM84.
Quote venom1 13-1-2022 07:30 AM
beli X50 pakai duit palsu gak ke?
Quote Minami2013 13-1-2022 07:32 AM
Indonnnnnnn
Quote nuryakmal 13-1-2022 08:06 AM
Loghat seperti indo? Friska?
Quote Trumpettt 13-1-2022 09:38 AM
Wahh..update dh Indon ..sindiket wang pelesu pulak dah..
Quote rospinki 13-1-2022 10:50 AM
tu bukan indon sabahan..sleng diorg pun byik indon byk. indon yg ngaku sabah. klu tak cemana dia bole beli keta malaysia
Quote ninja9 13-1-2022 11:01 AM
Scammer ni mesti berpura-pura jadi orang baik untuk menipu. Imej polis, lhdn, sprm lah jadi mangsa selalunya tetapi sekarang imej orang kaya pulak digunakan .. akak tu mesti tak sangka orang kaya nak menipu untuk belian dgn nilai yg kecik.. orang kaya pun kesian juga imej mereka dah tercalar  
Quote lasagnaklcc 13-1-2022 11:07 AM
Tu yg kdg2 nervous nak bayar pakai not 50 @ 100. Buatnya i dpt duit palsu ntah dari mana, tak psl kita kena tahan.
Quote prettyuglybabe 13-1-2022 11:57 AM
peniaga kecik zaman ni patut guna qr payment..
kau takde duit kecik, bayar pakai qr transfer..
jangan amik duit besar dari rm50 kalau nak selamat..
Quote jazaa100 13-1-2022 12:10 PM
Shazid replied at 13-1-2022 07:11 AM
Mentang2 lah gerai tepi jln x alat cek duit plasu tu....kesian betul. Percuma je die dpt duit RM84.

Dpt rm84, rojak & segala makanan tu dpt free pulak
Quote hareeeesah 13-1-2022 02:44 PM
Org cari rezeki ko buat naya plak.. jgn berulat mulut tu nanti merangkak mintak halalkan.
Quote Skuau 13-1-2022 03:04 PM
Yg penting orang Msia puji gue  punya presiden...-indon.
Quote babelina 13-1-2022 03:19 PM
Allah.. moga makcik di beri rezki yg lbh baik..amin yra
Quote bakingsoda 13-1-2022 03:44 PM
mcmn kalau orang tu pon tak perasan dapat duit pelesu dr orang lain? takutnya kalau aku yg terkena pastu terguna duit tu kat tempat lain pastu kena tuduh
Quote krustykrab 13-1-2022 03:55 PM
Friskies dgn trisnot la tu
Quote Artemesiaa 13-1-2022 04:04 PM
Macam mana sibuk pun layan pelanggan datang beli kena pastikan wang yang diterima tu betul atau palsu.  Kalau ambil mudah walau rasa was2 sendiri jugak yang susah nak kena buat lapuran segala macam.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.109702 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top