Artis dan usahawan Amerika, Kanye West merancang melawat Rusia tahun ini untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengadakan persembahan pertamanya di sana selain mengembangkan perniagaannya di negara itu, kata jurucakap West, Ameer Sudan, lapor Sputnik yang memetik laporan Billboard pada Selasa.
Menurut laporan itu, Sudan berkata Rusia akan menjadi "negara kedua" untuk West kerana "beliau akan menghabiskan banyak masa di sana". Lawatan itu dirancang untuk musim bunga atau musim panas. West berkemungkinan mengadakan persembahan Sunday Service di dewan konsert bertingkat Dewan Bandaraya Crocus atau di Kompleks Olimpik Luzhniki di Moscow.
West juga merancang untuk menjemput Putin ke persembahannya sebagai tetamu khas. West sedang mengusahakan perjanjian perniagaan baharu dengan jutawan Rusia Aras Agalarov, yang dijangka meningkatkan kekayaan West kepada lebih US$10 bilion, seperti yang dilaporkan. Pada Oktober 2021, media melaporkan West menukar namanya kepada Ye tanpa nama tengah atau akhir. Sumber: BERNAMA
|
ADVERTISEMENT