Perkongsian beberapa foto hantaran milik pengantin zaman dulu-dulu yang dikongsikan pemilik Twitter @nabilfikran10, mencuri tumpuan ramai.
Katanya, kagum dengan orang lama yang memberi barang hantaran mereka dalam bentuk balutan hamper sahaja. Perkongsian foto hantaran itu menarik perhatian pengguna Twitter lain dan ramai bertanya ibu bapa masing-masing tujuan hantaran dibalut seperti itu pada zaman dahulu. Selain itu, ada juga yang menciap bahawa hantaran berbalut seperti hamper itu merupakan hantaran yang gah pada zaman dulu dan ada juga yang mengatakan tujuan orang lama membalut hantaran untuk mengelak dari dihurung semut kerana hantaran orang dahulu kebanyakannya berupa manisan. Nostalgia betul, ada yang nak kembalikan trend hantaran berbalut hamper seperti ini? Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT