CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kain Lap Skrin Jenama Apple Berharga RM99!

12-1-2022 01:34 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 567| Komen: 9|Original author: Agent13k

Description: Apple telah melancarkan kain lap khas untuk peranti produk Apple yang berharga RM99 itu mendapat sambutan yang luar biasa sehinggakan waktu penghantaran untuk kain lap itu sahaja mencecah 12 minggu ba ...
Apple telah melancarkan kain lap khas yang berharga RM99, digunakan untuk mengelap peranti dan produk Apple.

Kain ini telah telah mendapat sambutan yang luar biasa sebelum ini sehinggakan tempoh penghantarannya mengambil masa yang panjang iaitu  mencecah 12 minggu untuk sampai ke tangan pembeli.

kredit foto: Macrumors


Bagi pengguna Apple yang menunggu produk ini selepas kain tersebut habis dijual pada tahun lepas, sekarang ini anda boleh beli kain itu dengan harga yang sama dan waktu penghantaran akan mengambil 1 hari sahaja.


Menurut Apple, kain ini boleh digunakan untuk mengelap semua paparan Apple dari produk iPhone, Watch dan Mac. Apple tidak berkongsi bahan apa yang digunakan dalam penghasilan kain ini tetapi penerangan produknya bertulis "dibuat daripada bahan lembut dan tidak melelaskan."

Ada sesiapa yang dah beli atau mahu beli kain lap dari Apple ini?-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-1-2022 03:42 PM
lps ni ke hulu hilir team geng Apple bawak kain ni, dgn muka "ko mampu?"
Quote Artemesiaa 12-1-2022 06:38 PM
Beli jenama pastilah mahal pada hal kilang kat China gak
Quote SedihPedih 13-1-2022 07:53 AM
Apple tiru Norwex letu..jual kain overprice
Quote lurve82 13-1-2022 09:11 AM
aku tetap guna towel good morning tu...
Quote salimrock 13-1-2022 02:54 PM
lurve82 replied at 13-1-2022 09:11 AM
aku tetap guna towel good morning tu...

aku dulu good morning, skrg aku dah upgrade pakai towel mr diy,  ok la rm 5 , dpt 3, ada kaler2 lg
Quote anony-mous 13-1-2022 03:02 PM
lurve82 replied at 13-1-2022 09:11 AM
aku tetap guna towel good morning tu...

Tuala good morning tu rm2 kan? Kalau ikut zmn skrg, kira mahal la tuala GM tu compare kualiti dia mesti owner tuala tu dah kaya raya
Quote lurve82 13-1-2022 09:07 PM
salimrock replied at 13-1-2022 02:54 PM
aku dulu good morning, skrg aku dah upgrade pakai towel mr diy,  ok la rm 5 , dpt 3, ada kaler2 lg ...

Ooo dkt diy pun ada eh..aku mls nk masuk situ ikut laki aku...dia blh shopping berejam dlm tu..rengsa aku..smpi aku nmpk diy pun aku dh nyampah...
Quote lurve82 13-1-2022 09:08 PM
anony-mous replied at 13-1-2022 03:02 PM
Tuala good morning tu rm2 kan? Kalau ikut zmn skrg, kira mahal la tuala GM tu compare kualiti dia  ...

Aku beli sekali byk..ada brape puluh keping ntah dlm plastik besar tu...sure la kaya...dr zaman uwan aku tu...ntah2 moyg aku jgk...
Quote nakkomenjugak 15-1-2022 01:16 PM
Sayang nak ngelap hingus pakai ni kalau takde tisu

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2022 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.073707 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top