CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sah Ke Perokok Jadi Wali?

12-1-2022 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1812| Komen: 11

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi rangkaian media sosial terbaharunya, Maktabah Al-Bakri menjawab persoalan mengenai sah atau tidak perkahwinan berwalikan seorang perokok.


Dalam hal itu, tulis beliau, wali ataupun dalam bahasa arabnya al-Wali dari sudut bahasa bermaksud ‘dekat atau hampir’.


Gambar hiasan

Ia disebut ‘waliyyahu, walyan’ iaitu hampir kepadanya.

Dan ‘wali al-Amr’, apabila berurusan dengannya dan ‘tawalla al-Amr’ iaitu dilantik akan dia.


Dari sudut istilah, al-wilayah digunakan sebagai ketua yang tertinggi, qadi, tentera dan selainnya.

Terdapat pelbagai maksud yang digunakan pada kalimah wali atau wilayah, ia juga memberi maksud sebagai wakil atau penjaga seperti yang diibaratkan sebagai wali di dalam nasab keturunan, wakil dalam pembahagian harta dan lain-lain lagi.


Gambar hiasan/Selangor Journal 

Selain itu, tulis beliau, pada maksud yang lain al-wilayah berlawan dengan al-A’dawah, secara asalnya ia bermaksud kasih sayang dan hampir. Dan maksud al-A’dawah ialah kebencian dan jauh.

Wali pernikahan pula adalah orang yang menentukan sahnya akad. Akad nikah tidak sah dengan ketiadaannya. Wali itu seperti bapa, orang yang diwasiatkan, karib kerabat yang dekat (al-Qarib al-Ashib), orang yang membebaskan hamba, penguasa dan raja.

Di samping itu jelasnya, terdapat beberapa ciri atau kriteria yang perlu ada pada diri seorang wali. 

Antaranya, tidak melakukan sebarang dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencemarkan maruah seperti kencing di jalanan, dan seumpamanya.

Imam Ibn Hamdan Rahimahullah berkata: Setiap perbuatan dosa besar, sekali sahaja melakukannya telah menjadikan seorang itu jatuh fasiq manakala perbuatan dosa kecil, seseorang itu dikira sebagai fasiq sekiranya melakukannya sebanyak tiga kali.



Kredit foto: Maktabah Al-Bakri

Menjawab persoalan di atas, pernikahan yang berwalikan seorang perokok itu adalah sah.

Malah katanya, dengan syarat, wali tersebut terlebih dahulu memperbanyakkan amal soleh dan juga taubat, sehinggalah tiba hari pernikahan. Hal ini kerana seseorang wali yang juga merupakan perokok mempunyai kekurangan kepada sifat ‘adalah (keadilan) mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 12-1-2022 03:36 PM
Tak ambik pendidikan Islam dari pra sekolah hingga tingkatan 5 pun boleh fikir jawapannya sah2 sah, nak.
Quote anony-mous 12-1-2022 04:12 PM
Sedangkan bapak yg xbyr nafkah ank, yg hilang pon boleh sah jd wali apatah lg setakat perokok.
Quote anony-mous 12-1-2022 04:13 PM
dua_chzy replied at 12-1-2022 03:36 PM
Tak ambik pendidikan Islam dari pra sekolah hingga tingkatan 5 pun boleh fikir jawapannya sah2 sah,  ...

Mgkin sbb syarat sah wali kot. Xboleh org yg fasik. Elok ban bapak yg xbg nafkah, x contact ank2 lebih 3 thn tu auto jah gugur dari wali.
Quote dua_chzy 12-1-2022 04:16 PM
anony-mous replied at 12-1-2022 04:13 PM
Mgkin sbb syarat sah wali kot. Xboleh org yg fasik. Elok ban bapak yg xbg nafkah, x contact ank2 l ...

Kalau ikut betul syarat tu sis, matilah ramai bapak2 tak layak jadik wali. Yang tak bagi nafkaj, yang abai anak bini, yang kaki pompuan, yang tak reti shalat, etc.
Quote anony-mous 12-1-2022 04:19 PM
dua_chzy replied at 12-1-2022 04:16 PM
Kalau ikut betul syarat tu sis, matilah ramai bapak2 tak layak jadik wali. Yang tak bagi nafkaj, y ...

Mmg patut xlayak sis. Dkt fb bukan main mengata org prempuan. X sedar diri masing2 xlayak pon jd wali ank. Tp sbb ulama n mufti ramai lelaki kan... dan sedar 90% x layak, terpaksa longgarkan syarat. X adil sgt ank prempuan yg terputus hubungan dgn ayah, kena cari sembah ratu bapak tu utk dptkan sign. Ada yg siap bg syarat byr 5k utk dia sign. Sbb tu i ckp, boleh jah ulama sepakat kalau lebih 3 thn ayah tu buat x tau & waris family ayah tu 2x5, auto gugur jah la wali tu terus direct je wali hakim
Quote krustykrab 12-1-2022 04:59 PM
anony-mous replied at 12-1-2022 04:19 PM
Mmg patut xlayak sis. Dkt fb bukan main mengata org prempuan. X sedar diri masing2 xlayak pon jd w ...

Patut wali yg mintsk bayaran ni auto gugur je hak dia sbb mcm dah termasuk dlm golongan fasik...
Quote Adrif 12-1-2022 05:06 PM
aip. dulu masa belajar kata tak boleh. tak sah. ni dah boleh pulok

I very confuse. ikut je la kata mufti semasa. I tak berapa reti

tapi kalau ikutkan hati, memang tak bagi perokok, orang kencing berdiri ni jadi wali
nak solat jadi imam pun aku takmo
Quote makadek 12-1-2022 05:28 PM
Adrif replied at 12-1-2022 05:06 PM
aip. dulu masa belajar kata tak boleh. tak sah. ni dah boleh pulok

I very confuse. ikut je la kata  ...

Jgn extreme sgt dlm beragama bole takkkk
Quote ultra78 12-1-2022 05:42 PM
Perokok tak boleh jadi wali? Bayangkan satu family perokok, hingga org di jabatan agama sekali..
Quote Adrif 12-1-2022 10:56 PM
makadek replied at 12-1-2022 05:28 PM
Jgn extreme sgt dlm beragama bole takkkk

mufti kata boleh, ikut je lahh

tapi kalau peribadi, kalau aku tau orang tu merokok atau kencing berdiri
kalau dia solat jadi imam, aku tak berani jadi makmum

sebabnya, merokok mufti dan ulama kata sepakat haram. tapi kenapa buat juga?
kedua, bab kencing berdiri. walaupun dah cuci bersih, tapi bila ada berlaku pergerakan, ada titisan air kencing yang keluar tercalit pada seluar/ seluar dalam. najis. takut tak sah solatnya pula. itu sahaja. tang mana extreme?
Quote doubleharmonic 13-1-2022 06:46 AM
merokok membahayakan kesihatan = membunuh diri sendiri = dosa besar = tak layak jadi wali?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041444 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top