Dhaka: Ribuan pelarian Rohingya hilang tempat tinggal selepas kebakaran memusnahkan ratusan rumah di di kem pelarian di tenggara Bangladesh, pada Ahad.
Perkara itu disahkan oleh pegawai dan saksi kejadian, namun tiada kematian dilaporkan dalam insiden berkenaan. Kebakaran melanda Kem 16 di Cox's Bazar, sebuah daerah sempadan yang didiami lebih sejuta pelarian Rohingya. Kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras yang diketuai tentera di Myanmar pada 2017.
Mohammed Shamsud Douza, seorang pegawai kerajaan Bangladesh yang bertanggungjawab ke atas pelarian, berkata pasukan penyelamat berjaya mengawal kebakaran. Katanya, punca kebakaran belum dapat dipastikan. "Semuanya sudah tiada. Ramai yang tiada rumah," kata Abu Taher, seorang pelarian Rohingya. Satu lagi kebakaran memusnahkan pusat rawatan Covid-19 untuk pelarian di sebuah lagi kem pelarian di daerah itu, Ahad lepas, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mac tahun lalu, kebakaran besar berlaku di penempatan pelarian terbesar di dunia di Cox's Bazar dan ia menyebabkan sekurang-kurangnya 15 pelarian terkorban. -CARI Sumber: Harian Metro
|
prince_marhaen replied at 11-1-2022 10:15 AM
meols 100% mengatakan rohingok tak sedar dek untung ni yang bakar kem-kem tu...tak mustahil... denga ...
prince_marhaen replied at 11-1-2022 10:15 AM
meols 100% mengatakan rohingok tak sedar dek untung ni yang bakar kem-kem tu...tak mustahil... denga ...
Skuau replied at 11-1-2022 09:37 AM
"kami suda tada rumah..kami mahu BERHIJRAH KE LANGKAWI,MALEZIA"-Rohingok
syamzana replied at 11-1-2022 10:37 AM
ati kelam i bersetuju dgn u
prettyuglybabe replied at 11-1-2022 11:57 AM
khen.. memang sendiri yang sengaja bakar so dorang boleh keluar dari sana..
krustykrab replied at 11-1-2022 12:23 PM
Mcm saja2 je dibakar
ADVERTISEMENT