CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Peja Azumu Duk Buat Gapo?" Atlet Negara Bengang Adik Tak Dapat Penghargaan

11-1-2022 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 771| Komen: 8

Description: Kuala Lumpur: "Mana Majlis Sukan Negara (MSN)? Mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS)?" soal bekas atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor yang menganggap adiknya, Siti Nur Alia Mansor seolah-olah ti ...
Kuala Lumpur: "Mana Majlis Sukan Negara (MSN)? Mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS)?" soal bekas atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor yang menganggap adiknya, Siti Nur Alia Mansor seolah-olah tidak dipandang walaupun berjaya menyertai pasukan pofesional dunia, Canyon-SRAM Racing.


Kata Hafifi, adiknya itu membawa nama negara dan mencipta sejarah, namun pencapaian itu seperti tidak dihargai kerana tidak menerima sebarang ucapan tahniah daripada MSN mahupun KBS.

"Yang bagi sokongan setakat ini hanya kerajaan Terengganu. Kita tunggu dan tengok juga, tapi tiada ucapan tahniah pun daripada mereka (MSN & KBS)," katanya.


Alia, Foto: Harian Metro


Menurut Hafifi, sebaliknya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula yang mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat pelumba berbasikal wanita berusia 20 tahun itu.

"Menteri Sukan mana? Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dok buat gapo? Dia tak tengok berita ke? Sudah berapa hari tular mengenai cerita adik saya.

"Bukan mahu wang ringgit, tapi cukup penghargaan kerana adik saya mencipta sejarah," katanya yang sudah bebas daripada penggantungan doping Mac tahun lalu.

Alia, 20, pernah menimba pengalaman berkampung di Melbourne bersama jurulatih trek negara, John Beasley dilamar Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team.

Selain Alia yang mengikat kontrak setahun, turut memperkuatkan skuad berpangkalan di Sepanyol itu adalah Ella Harris, Mikayla Harvey (New Zealand), Lisa Klein, Hanna Ludwiq (Britain), Katarzyna Niewiadoma (Poland), Alexis Ryan (Amerika Syarikat) dan Omer Shadpira (Israel). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 11-1-2022 10:19 AM
Mana Majlis Sukan Negara (MSN)? Mana Kementerian Belia dan Sukan (KBS)?" soal bekas atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor yang menganggap adiknya, Siti Nur Alia Mansor seolah-olah tidak dipandang walaupun berjaya menyertai pasukan pofesional dunia, Canyon-SRAM Racing.
Quote gaban_spacecop 11-1-2022 11:14 AM
diorg x iktiraf biar je dulu...buktikan yg adik tu berjaya nanti...
Quote tripleid 11-1-2022 11:39 AM
Quote Babai 11-1-2022 11:45 AM
Yang dia kecoh sangat ni dah menang besar ke?
Quote Babai 11-1-2022 11:45 AM
gaban_spacecop replied at 11-1-2022 11:14 AM
diorg x iktiraf biar je dulu...buktikan yg adik tu berjaya nanti...

Dah menang besar sangat ke yang dia kecoh riuh sekampung tu?
Quote ~boolean 11-1-2022 12:47 PM
azizulhasni pun awal2 dipandang sendu walaupun dah menang sana-sini..rasanya dulu pun dia pun ada merentan benda yang sama...nama dah naik baru nampak vip2 terhegeh-hegeh mencapub..
Quote Artemesiaa 11-1-2022 01:08 PM
Normal ler tu, mana2 ahli sukan yang dah buat nama pun pernah lalui benda sama.  Semua mereka modal sendiri dan bantuan keluarga je.  Bila dah famous dan menang banyak kejohanan baru sponser datang.
Quote KamikuP 11-1-2022 02:39 PM
Peja sibuk berhibur korang sap kok dulu ek

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072114 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top