Lelaki ditahan polis selepas disyaki merakam gambar seluar dalam wanita menggunakan telefon bimbit di Pusat Beli Belah Queensbay di sini, semalam.
Tindakan lelaki berusia lingkungan 20-an itu disedari orang awam sebelum dia ditahan dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, semakan mendapati lelaki warga tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Menurutnya, polis merampas dua telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank) beg daripada lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.
"Suspek direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT