CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Turkmenistan Arah "Mulut Neraka" Ditutup!

10-1-2022 02:51 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2678| Komen: 16|Original author: Agent13k

Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov telah membuat keputusan untuk menutup kawah berapi yang dianggil "Mulut Neraka".

Presiden itu telah mengarahkan untuk mencari mana-mana pakar di seluruh dunia yang boleh memadamkan api dalam kawah berapi tersebut.

kredit foto: Newsbreezer

Di dalam kawah Mulut Neraka, ianya dipenuhi dengan gas metana yang sudah terbakar sejak era Soviet yang memulakan pembakaran di dalamnya sejak 1971.


 Kawah berapi yang seluas 70 meter itu boleh dilihat dari jarak jauh dan selalu menjadi tumpuan orang ramai, tempatan dan pelancong dari seluruh dunia.

kredit foto: NewsTVS24

Kawah berapi yang terletak di Gurun Karakum, kira-kira 257 kilometer ke utara Ashgabat menjadi salah satu tarikan pelancong terbesar itu nampaknya bakal ditutup.

Alasanya adalah kerana presiden mendakwa kawah berapi itu punca merosakkan keadaan sekitar dan kesihatan para penduduk tempatan itu terjejas akibat asap yang dikeluarkan dari kawah berapi itu menjadi makin kerap dan semakin merbahaya.

Harap-harap kawah berapi di Turkmenistan ini boleh dikawal segera sebelum ianya terlambat dan menjadi isu besar pada masa kelak. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-1-2022 02:54 PM
Thanos akan keluar dari sini?
Quote Dwdrum 10-1-2022 03:03 PM
Edited by Dwdrum at 9-1-2022 11:06 PM

Pintu neraka ini hasil tangan manusia... Dahulu depa drilling untuk cari oil... But hanya ada gas.... Ada makhluk bodoh suruh letak kan api supaya gas akan habis ter bakar...sehingga sekarang gas tudak habis dan jadi pintu neraka... Sebab kebodohan manusia
Quote jazaa100 10-1-2022 03:05 PM
Dari thn 1971 tu.....
Baru ni nak pikirkn mcmana nk tutup
Quote dua_chzy 10-1-2022 03:26 PM
Dwdrum replied at 10-1-2022 03:03 PM
Pintu neraka ini hasil tangan manusia... Dahulu depa drilling untuk cari oil... But hanya ada gas... ...

Astaga bodohnya.
Quote Orix 10-1-2022 03:38 PM
Dwdrum replied at 10-1-2022 03:03 PM
Pintu neraka ini hasil tangan manusia... Dahulu depa drilling untuk cari oil... But hanya ada gas... ...

makhluk keturunan mana kah itu ? ereb kah ? kokesen kah ?
Quote JunkMail 10-1-2022 03:42 PM
Russian scientist katanya yg start api tu... Saintis pun bengong
Quote Decaffeinated 10-1-2022 03:47 PM
Dwdrum replied at 10-1-2022 03:03 PM
Pintu neraka ini hasil tangan manusia... Dahulu depa drilling untuk cari oil... But hanya ada gas... ...

Banyak exploration company ni cuma berminat nak jumpa minyak je atas beberapa sebab. The biggest being logistics. Gas ni kena 'jual' dulu even before the infra is built.

Patut belajar dari Malaysia. Bila jumpa gas di Terengganu terus decide convert janakuasa elektrik satu semenanjung ka gas turbine.

Jumpa gas di Sarawak, oleh kerana demand tempatan rendah buat long term supply contract dgn Jepun dan Korea terus. Invite joint sekali invest bina loji. Win-win.



Quote Shazid 10-1-2022 03:54 PM
Boleh ke tutup tu
Quote Decaffeinated 10-1-2022 03:55 PM

kalau ada gas yang terpaksa dilepaskan, controlled burning is the safest. tu pasal bila lalu di loji2 O&G akan terlihat menara api di mana2.

tapi dalam kes ni ai tak tau lah which one is more harmful to the environment, product of combustion atau gas metana dilepaskan bodo2 ke angkasa.


Quote Decaffeinated 10-1-2022 04:01 PM
JunkMail replied at 10-1-2022 03:42 PM
Russian scientist katanya yg start api tu... Saintis pun bengong

It is almost an open secret that reserve estimations are very, very, very inaccurate cumanya yang biasa berlaku reserve ciput hebohnya macam jumpa harta karun. In this case terbalik lah pulak it looks like the engineer dah under estimate tu pasal sampai ke sudah api tak padam2

Quote tripleid 10-1-2022 04:06 PM
drpd tutup baik salur ke dapur rumah utk buat gas masak
Quote sharlenetexas 10-1-2022 04:06 PM
Kalau hasilkan sumber tenaga dari kawah tu?

Quote abangbikerz 10-1-2022 04:11 PM
gas metana pon xleh dilepaskan bodo2 gitu je. itu greenhouse gases dan blh sbbkan global warming.
Quote Artemesiaa 10-1-2022 04:16 PM
Moga berjaya selepas sekian lamanya
Quote lipans 10-1-2022 04:16 PM
mulut neraka dan mulut puaka memang susah nak ditutup.
Quote makadek 10-1-2022 04:17 PM
Camne nk tutop
Letak air selautan agak2 hilang tak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039673 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top