CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Kerajaan Pula Yang Menanggung Kos Kuarantin Jemaah Umrah? - Siti Kasim

6-1-2022 04:33 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 12097| Komen: 204



KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan akan menanggung kos kuarantin termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah umrah yang pulang dari Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, individu bawah pengawasan (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

Susulan itu, peguam lantang dan kontroversi Siti Zabedah Kasim melalui hantaran di Twitternya membidas tindakan kerajaan dan berpendapat jemaah umrah patut menanggung sendiri kos kuarantin setelah pulang ke tanah air memandangkan mereka sendiri yang memilih untuk ke luar negara semasa pandemik.


“Mereka harus menanggung sendiri perbelanjaannya seperti orang lain yang pulang daripada perjalanan luar negara. Kenapa kerajaan pula yang menanggungnya?

“Mereka yang pilih untuk ke luar negara semasa pandemik. Mereka tidak patut diberikan layanan istimewa,” katanya.


Sebelum ini, semua jemaah perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing selepas pulang daripada umrah.

Namun, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, ketidakpatuhan SOP jemaah umrah menjalani kuarantin di rumah antara yang menyumbang kepada penularan virus terutamanya varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga.

Ini berlaku apabila ada berlaku ziarah antara saudara mara, kenalan ke kediaman jemaah yang mendedahkan kepada jangkitan Covid-19. 

Akhir tahun lalu, sebanyak 30 daripada 49 kes positif COVID-19 membabitkan varian Omicron yang dikesan pada 23 dan 24 Disember, disahkan dibawa oleh individu yang pulang dari melakukan Umrah di Arab Saudi.- CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nellyberry 6-1-2022 04:38 PM
Sesungguhnya hati iols hitam, tapi Iols terpaksa setuju dgn statement Siti.
Lagipun umrah itu sunat.
Takde siapa paksa pergi pada musim-musim pandemik nih.
Dahlah tak reti nak follow SOP.

Lepastu kerajaan pulak kena bayar kos kuarantin?
Tak fair.

Quote JunkMail 6-1-2022 04:40 PM
Dalam hal ini iols menyokong acik Siti.
Quote aduh2sayang 6-1-2022 04:40 PM
kalau non muslim pertikai tak apa lagi ni...mmmm
apa la susah hati sangat tengok kerajaan tolong orang buat umrah. mestilah ada bajet dari sumber yang kita tak tahu contohnya lembaga zakat ke? tabung haji?


khuznuzon aje lah

Quote haruslah 6-1-2022 04:51 PM
Masa kuarantin cov dulu2 sape tanggung?
Korin je semua yg pegi luar negara
Quote pu3_rania 6-1-2022 04:52 PM
Edited by pu3_rania at 6-1-2022 04:58 PM

Walaupun selama ni aku anti dengan si Siti tapi kali ni aku kena setuju dengan dia
Ini lah akibatnya bila menteri dari kabinet dapur si Mail buat keputusan yang akibatnya mendatangkan kemarahan orang tanpa
menyelidik secara mendalam akibat kesan baik dan buruk keputusan yang di buat

Quote ellejo 6-1-2022 04:54 PM
kalo delegasi,atlet atau student2 yg balik dari luar negara ai setuju sajork.tapi ni umrah. personal punya trip ko tanggung la sendiri.

dah tu tamil2 yg pegi vanarasi buat pilgrim gimana pula?
Quote Artemesiaa 6-1-2022 04:57 PM
Kali ni setuju dengan kenyataannya tu sebab disana pun mereka kena bayar sendiri
Quote theotherfriend 6-1-2022 05:01 PM
Iols pun turut menyokong kaka siti. Kalau nak guna duit lembaga zakat ke iols x kisah, tapi kalau sumbernya dr duit taxpayer, iols fikir sangat haramjadah di situ.
Quote pasa 6-1-2022 05:02 PM
ellejo replied at 6-1-2022 04:54 PM
kalo delegasi,atlet atau student2 yg balik dari luar negara ai setuju sajork.tapi ni umrah. personal ...

suruh la diorg bayar guna duit zakat diorg kalau ada
Quote Decaffeinated 6-1-2022 05:04 PM
aku lebih terkejut dengan komen2 acik forum

Siti Kassim memang kita dah lama tau bijak
Quote xy_daen 6-1-2022 05:11 PM
Setuju dengan SK..
Quote missbigrockstar 6-1-2022 05:19 PM
#teamsitikasim kali ini.
Quote axl_bach 6-1-2022 05:22 PM
Hujah biasa,  Islam agama bagi persekutuan lah Ct Kasim oiiiiii... Hg apa tau,  benda ni hak yg termaktub dan x bleh dipertikai
Quote naina 6-1-2022 05:23 PM
KJ buat pembaziran lagi ke uols?
Dah tu apa guna pasang tracker sebesar alam dari jauh dah nampak.
Quote samperit 6-1-2022 05:25 PM
aduh2sayang replied at 6-1-2022 04:40 PM
kalau non muslim pertikai tak apa lagi ni...mmmm
apa la susah hati sangat tengok kerajaan tolong ora ...

kalau dah ke sana mampu, balik sini kena kuarantin pun harus mampu kan? time2 pandemik gatal nak pegi dah kenapa? mcm x boleh tunggu? bukan haji yg wajib tu, umrah je pun! kalau pusat zakat announce nak tanggung, then its fine!
Quote missyL 6-1-2022 05:40 PM
Yg pg umrah pn rmaai yg mampu.
Smpi berkali2 pg dah masing2 tu.

Maybe mane yg layak je keraajn bayo.
Klo dah orka baya sendiri je la
Quote umie 6-1-2022 05:49 PM
Kali ni hakak team SK.Yg gi umrah ni kaya rayo siap tunjuk gbr duk kat 5* hotel lg. Dah tu nape kerajaan nak kena tanggung plak
Quote VioletsAre_Blue 6-1-2022 05:49 PM
Akak setuju kerajaan tanggung, yang kau panas kenapa dik?
Quote ellejo 6-1-2022 05:59 PM
pasa replied at 6-1-2022 09:02 AM
suruh la diorg bayar guna duit zakat diorg kalau ada

umrah tu kan sunat sajork. bukan wajib termaktub dalam rukun islam dituntut dalam agama kenapa gomen kene tanggung pulerk?

zakat pun jangan sentuh ai tak benarkan
kos nak kuarantin dorang entahkan boleh sponsor hidup puluhan asnaf sebulan.

ko sedap2 buat umrah nak org tanggung pulak.
pakai jela gelang gedabak tracker tu

Lihat semua komen(204)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044902 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top