Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengakui sengaja mahu golongan yang tidak divaksin 'naik angin', dalam satu temuramah pada Selasa.
Pengakuan itu menerima kecaman hebat pembangkang, kurang empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan datang. "Yang tidak divaksin, saya benar-benar mahu membuatkan mereka marah. Dan kami akan terus berbuat demikian, itulah strateginya," kata Macron kepada akhbar Le Parisien dalam satu wawancara yang diterbitkan lewat Selasa. Perancis tahun lalu melaksanakan pas kesihatan yang menghalang individu tanpa ujian PCR atau bukti vaksinasi COVID-19 untuk memasuki restoran, kafe dan beberapa tempat lain.
Kerajaan pimpinan Macron juga berhasrat menjadikannya pasport vaksin, yang bermakna hanya mereka yang divaksin boleh memiliki kelebihan tertentu. "Saya tidak akan menghantar (yang tidak divaksinasi) ke penjara, saya tidak akan memaksa mereka mengambil vaksin. Tetapi kita beritahu mereka, mulai 15 Januari, kamu tidak boleh pergi ke restoran lagi, menonton teater dan pawagam," jelasnya. Macron pernah dikritik sebelum ini kerana mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa dan disifatkan rakyat Perancis sebagai sombong. "Seorang presiden tidak sepatutnya berkata demikian," kata pemimpin sayap kanan Marine Le Pen di Twitter. "Emmanuel Macron tidak layak memegang jawatannya." Sumber: AWANI
|
Mulotkoyak replied at 6-1-2022 04:43 PM
Itupun ada juga yg cakap kat luar negara yg x vaksin selamat je pegi memana. Sapa la tuh kan?
prettyuglybabe replied at 6-1-2022 04:55 PM
rakyat ni bila menteri tak tegas, dikatanya lembik..
bila bertegas, dikatanya sombong..
apa benda ya ...
ADVERTISEMENT