Baru-baru ini, nama Ashira menjadi bualan ramai gara-gara laporan mengatakan dia berdepan kesusahan hingga terpaksa mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong, Selangor.
Namun penyanyi dengan nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata, pekerjaan dilakukannya itu hanya sekadar mengisi masa lapang pada hujung minggu. “Saya seorang yang sudah biasa bekerja, jadi apabila terlalu lama di rumah, saya perlu keluar untuk dapatkan fresh air. Namun, sebenarnya saya bukan bekerja (secara tetap) di restoran kawan saya tu, sekadar isi masa lapang.
“Dia tetap bagi saya token atas pertolongan saya tu. Lagi pun, bukan cuci pinggan je, saya juga buat tugas-tugas lain seperti ambil dan hantar pesanan dan sebagainya. “Tapi isunya orang pandang pekerjaan tu seperti hina sangat, kononnya artis tak patut buat kerja macam tu... Saya tak rasa ia salah, kerja tu memang biasa saya buat di rumah,” katanya kepada mStar. Sumber: mStar
|
Belibis replied at 5-1-2022 09:52 PM
Kalau mengaku tengah susah pun apa salahnya..macam sendiri yang terasa terhina ke apa?
Cik_jantung replied at 5-1-2022 09:35 PM
Sape yg hina dia.. ada ker
suka2 replied at 5-1-2022 10:11 PM
Mmg ada ke org pandang hina ke dia sbb kije cuci pinggan atau dia sendiri yg merasa terhina pegi cuc ...
ADVERTISEMENT