CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabel Speaker Siren Amaran Banjir Hilang Dipotong

5-1-2022 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1467| Komen: 0

Description: Polis menerima laporan daripada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung kehilangan pendawaian kotak siren, Sistem Siren Amaran Banjir di Taman Sungai Gemas, Tampin semalam.
Polis menerima laporan daripada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung kehilangan pendawaian kotak siren, Sistem Siren Amaran Banjir di Taman Sungai Gemas, Tampin semalam. 


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, sebaik sahaja menerima laporan daripada kakitangan JPS berusia 45 tahun itu, pihaknya telah segera ke lokasi kejadian.


Lokasi Siren Amaran Banjir di Taman Sungai Gemas, di sini, yang disedari kehilangan pendawaian kotak siren sistem oleh kakitangan JPS, di sini, semalam. - FOTO IHSAN/KOSMO

Lokasi kejadian menurutnya, merupakan kawasan kolam tadahan JPS berhampiran Sungai Gemas serta berdekatan dengan taman perumahan iaitu Taman Sungai Gemas.


Tambah beliau, tempat kejadian berpagar keliling dan didapati terdapat kesan pagar dirosakkan.

“Kotak suis utama juga diumpil dan beberapa pendawaian di dalam kotak hilang. Barangan yang didapati hilang antaranya ialah dua unit bateri kecil, pendawaian di dalam kotak fius dan panel solar.

“Kali terakhir Stesen Amaran Banjir Taman Sungai Gemas yang dibina sejak 15 tahun lalu itu diperiksa atau diselenggara dan barangan di dalam keadaan baik adalah pada 8 Disember tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.033003 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top