CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aidil Aziz Tak Kisah Fasha Sandha Gemuk- "Tak Nak Diet Keterlaluan Nanti Susu Kering"

5-1-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6078| Komen: 33

Gemuk atau kurus tidak menjadi isu dalam rumah tangga yang dibina pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz.

Menurut Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa menerima keadaan diri yang kini sedikit berisi.

Foto: IG

"Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.

"Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat.

"Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing," kata Fasha kepada mStar.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil yang dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, pelakon drama Scammer ini mengakui mengambil masa agak lama untuk menurun berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.

"Selepas saya bersalin, memang ambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan sebab saya menyusukan anak.

"Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan," ujarnya.

Sementara itu, Aidil turut bersyukur dia dan Fasha berjaya tercalon dalam top 5 Pasangan MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021).

"Sebenarnya kami tak sangka dapat Top 5... nak dapat top 20 pun susah sebab ramai pasangan yang lebih menarik. Apatah lagi, kami ini pengantin lama.

"Kita dapat Top 5 ini pun dah bersyukur dan gembira. Tak menang pun tak apa sebab sebenarnya ramai pasangan selebriti," kata Aidil. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 5-1-2022 11:50 AM
geram tgk anak dia si amaira tu. comel btol
Quote dudaberhias 5-1-2022 11:52 AM
hello2 ketua rumah tangga tu... takkan la nak kena kisah sheolss gemuk...
kalau gemuk boleh kurus balik... jangan kepam dan wajah cepat tua je...
kalau lambat titik advanced night repair makin tua la wajahnya tu sebelum usia agittewww...
Quote Thunderclouds 5-1-2022 12:03 PM
Wojib eh retis2 posing ngn telekung/sejadah nih?
Quote dewi_rina 5-1-2022 12:05 PM
Sihatnya anak lelaki diaaaaaa
Quote cheezel 5-1-2022 01:54 PM
Sweet je aidil ni. Terima fasha seadanya. Tp mmg comel la anak dia ngn fasha. Yg amaira tu
Quote sukacactus 5-1-2022 02:38 PM
Bagus laki dia
FS dah mmg family baka badan berisi
Aidel mesti dah perasan dr dl, sebab tu dia xkesah pun
Quote xtinkerbellx 5-1-2022 02:41 PM
Ok je. Takde la gemuk sgt pon
Quote aemon 5-1-2022 03:11 PM
Aidil rugi tak kenal masa zmn fasha hot kebabom dulu.badan mmg kurus nan papan dan fit.tp tu la perancangan Allah itu baik.
Quote tomiko_haza 5-1-2022 03:13 PM
tak kan lak aidil nak kata dia kesah fasha gemuk..mane maunye
Quote Mamajiyem 5-1-2022 03:14 PM
Ok jer badan fasha..
Quote ..maksu 5-1-2022 03:17 PM
yang penting anak sheols gebu putih melepak mcm maderinlo she. happy tengok pasah skrg happy je tak mcm dulu melepek tepi beranda dengan kucing mengenang naseb kasta yang tak berkesudahan
Quote hasniey 5-1-2022 04:58 PM
Mmg la xkisah.masa kenal pon size mcmni jgk..ni tambah lg sikit je...kalau kenal masa anak dara,ada la rasa beza nya
Semoga bahagia till jannah fasha & aidil
Quote hasniey 5-1-2022 04:59 PM
Ni bukti kena kawen lelaki hensem.mak comel mcmmana pon dpt anak baka laki xhensem,kurang comel anak2.
Baka laki hensem berganda2 comel
Quote abadi84 5-1-2022 05:15 PM
aemon replied at 5-1-2022 03:11 PM
Aidil rugi tak kenal masa zmn fasha hot kebabom dulu.badan mmg kurus nan papan dan fit.tp tu la pera ...

Klu kenal pun masa tu manalah FS nak pandang aidil.
Masa tu FS tak matang, berlumba2 jer nak cari jerung.
Dont you remember
My future husband is somebody hokeyyy
Quote SpyLeman 5-1-2022 05:22 PM
Kalau Aidil tackel masa FS tgh mendonia, mana maunyerrr dia pandang. Si Jejai jugak yg ensemmm
Quote missHaidiD 5-1-2022 05:32 PM
Dolu2 whoareyours aidil. Lg ada kes mendadih pulak
Quote anony-mous 5-1-2022 05:59 PM
Still lawa. Org pon paham ank dah 3 n dah tua n she not petite type pon. I lg terkejut tgk bdn ND since she petite.
Quote mamastoney 5-1-2022 06:24 PM
cheezel replied at 5-1-2022 01:54 PM
Sweet je aidil ni. Terima fasha seadanya. Tp mmg comel la anak dia ngn fasha. Yg amaira tu

Mmg la dia terima FS seadanya sbb FS lg berduit drp dia. Rumah dorg duduk tu pun rumah yg FS-Jejai beli tp skrg maybe Jejai bagi kt ank2 dia kot. Yg ptt bersyukur si Adel tu sbb FS sudi terima dia, dah la dia pernah masuk jel, pastu income pun tk selebat FS. FS ni boleh je takel orka time dia janda dulu tp maybe dia belajar dr pengalaman kot, harta benda tk boleh beli lebahagiaan tp penerimaan keluarga mentua yg boleh membahagiakan. Tp i must admit, dorg mmg sepadan sama kacak dan cantik, compared to Jejai muka kampung, tk nampak muka kaya anak somebody. Gen Datin Seri sgt kurenggg mukanya, tgk la  ank2 Jejai-Fasha, Jejai-ND compared to FS-Adel, ND-Bossned. Cucu2 Datin Seri, ank si Cho tu pun muka kampung mcm nendanya jugak......p
Quote Rogue98 5-1-2022 06:27 PM
Mesti lah kena terima dah isteri kau and isteri kau lagi famous kut..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056436 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top