Ika Nabella lebih selesa mencapai impian dengan hasil kerja keras sendiri daripada mengharapkan wang suami semata-mata.
Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim,33, berkata, biarpun mempunyai suami sebagai tulang belakang kerjaya, namun dia mengakui lebih selesa berdikari dalam apa jua aspek. "Saya bukan jenis yang manja meminta semua benda daripada suami. Walaupun serba sederhana namun lebih dari cukup apa yang ada. Saya sudah biasa bekerja keras sendiri dan tidak memandang kebendaan. "Saya memerlukan suami dari aspek lain dan bukan dari wang ringgit semata-mata. Ini sekadar bingkisan hati secara rawak, yang mana saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang biasa saja.
"Betul semua benda yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT tetapi kita dapat mengubahnya. Tidak semudah orang yang sudah sedia kaya tetapi apa pun tidak mustahil. Saya lebih cemburu dengan mereka yang dapat membeli semua yang diidamkan hasil kerja keras dan bukan dapat dengan mudah," katanya.
|
ADVERTISEMENT