CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 696|Reply: 1

"Saya Perlukan Dia Untuk Lain,"- Ika Nabella Tak Harap Duit Daripada Suami

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Ika Nabella lebih selesa mencapai impian dengan hasil kerja keras sendiri daripada mengharapkan wang suami semata-mata.


Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim,33, berkata, biarpun mempunyai suami sebagai tulang belakang kerjaya, namun dia mengakui lebih selesa berdikari dalam apa jua aspek.


Foto: IG




"Saya bukan jenis yang manja meminta semua benda daripada suami. Walaupun serba sederhana namun lebih dari cukup apa yang ada. Saya sudah biasa bekerja keras sendiri dan tidak memandang kebendaan.


"Saya memerlukan suami dari aspek lain dan bukan dari wang ringgit semata-mata. Ini sekadar bingkisan hati secara rawak, yang mana saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang biasa saja.


"Betul semua benda yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT tetapi kita dapat mengubahnya. Tidak semudah orang yang sudah sedia kaya tetapi apa pun tidak mustahil. Saya lebih cemburu dengan mereka yang dapat membeli semua yang diidamkan hasil kerja keras dan bukan dapat dengan mudah," katanya.




  



Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada Julai 2016.


Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Zayn.


Kini memperlahankan kerjaya lakonan, Ika berkata, dia lebih memberi tumpuan kepada perniagaan yang baharu diceburi.




  



Katanya, dia selesa fokus pada usaha memantapkan perniagaan.


"Tidak pernah meminta tolong apa-apa, cukuplah sekadar doa agar apa yang dirancang berjalan dengan lancar.




  



"Jadi kali ini sekiranya dia (suami) membaca bingkisan yang dibuat, doakan segala perancangan berjaya. Bonus sekiranya dia ingin menyumbang untuk produk baharu itu nanti," katanya.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2022 11:37 AM | Show all posts
"Saya bukan jenis yang manja meminta semua benda daripada suami. Walaupun serba sederhana namun lebih dari cukup apa yang ada. Saya sudah biasa bekerja keras sendiri dan tidak memandang kebendaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061183 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list