CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Kembar Lahir Tahun Berbeza Selang 15 Minit

4-1-2022 07:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2759| Komen: 16

Sepasang kembar di Amerika Syarikat (AS) dilahirkan selang 15 minit, tetapi dalam tahun berbeza.

Menurut New York Post, mereka diberi nama Alfredo Antonio Trujillo dan Aylin Yolanda Trujillo.



Gambar hiasan

Bayi lelaki diberi nama Alfredo dilahirkan pada malam tahun baru pukul 11.45 malam waktu tempatan manakala bayi perempuan bernama Aylin pula dilahirkan 15 minit kemudian iaitu pada tahun baharu, 1 Januari 2022.

Mereka dilahirkan Fatima Madrigal di Hospital Pusat Perubatan Natividad, California, AS.

Madrigal tidak menyangka akan tarikh lahir anaknya berbeza, namun turut bergembira kerana anak kembar itu lahir dengan sihat.

“Tidak sangka bahawa mereka kembar dan memiliki tarikh lahir yang berbeza.

“Saya terkejut sekaligus gembira mereka dilahirkan pada tengah malam,” katanya.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 4-1-2022 07:42 AM
Da besar kalau bergado diorang ni
“ aku standard 2 , ko standard 1. Respekk sikit!”
Quote TOPwind 4-1-2022 07:58 AM
nuryakmal replied at 4-1-2022 07:42 AM
Da besar kalau bergado diorang ni
“ aku standard 2 , ko standard 1. Respekk sikit!”

sorang tua cepat s
bday dua kali


Quote Beribear 4-1-2022 08:09 AM
Tengok nama mak dia teringat disney encanto
Quote Minami2013 4-1-2022 08:24 AM
Menarik...

Tp ada yg ckp yg lahir dulu adik, yg kemudian abg/kakak sbb yg tua beralah dgn yg muda. Ntah betul ke idok.
Quote prince_marhaen 4-1-2022 08:27 AM
nama macam resepi pasta.. hihi
Quote Normabaru 4-1-2022 08:55 AM
Masha Allah subhanallah..how rare is this..


Xpyh nk plan2 bila nk keluar mcm retis jakun kat msia siap nak tarikh best2..tgk2 Allah bg nikmat sepasang twin si abg keluar 31.12.21 and si adik perempuan 1.1.22

Dah la babies no complications and timing menarik..klu nak melawak Pon blh..I lahir 2 tahun berderet2 tau or I masuk labour room tahun lps..tahun ni baru settle bersalin.hahahah

Quote umbut 4-1-2022 09:11 AM
Dah besar nanti.. wehhhh kenapa ko muda setahun padahal lahir beza 15 minit je.. aku lagi tua..hormat sikit ye
Quote nw111 4-1-2022 10:02 AM
nuryakmal replied at 4-1-2022 07:42 AM
Da besar kalau bergado diorang ni
“ aku standard 2 , ko standard 1. Respekk sikit!”

Rasanya depa masuk sekolah sama ja...mcm kat uk jugak.. bdk2 yg lahir bln sept tahun tu akan masuk sekolah lambat setahun coz school year depa start aug/sept mcm tu..
Quote Azhargoth 4-1-2022 10:34 AM
Anak or cucu bassist Metallica ke ni..
Quote Suchi 4-1-2022 02:20 PM
nuryakmal replied at 4-1-2022 07:42 AM
Da besar kalau bergado diorang ni
“ aku standard 2 , ko standard 1. Respekk sikit!”

Kawan iols dia kata dia sebenarnya lahir hujung bulan doblas tp dlm surat beranak letak 4/1 ke ayah dia g wat surat 4/1 jd buh la tarikh hari tu?
Boleh lak eh camtu.
Quote Decaffeinated 4-1-2022 06:34 PM
nuryakmal replied at 4-1-2022 07:42 AM
Da besar kalau bergado diorang ni
“ aku standard 2 , ko standard 1. Respekk sikit!”

kat Malaysia kalau lahir 1 Januari pun budak tu akan masuk sekolah join budak2 tahun sebelum. Kalau lahir 2-15 Jan, boleh merayu nak daftar setahun awal.


Quote Decaffeinated 4-1-2022 06:36 PM
Minami2013 replied at 4-1-2022 08:24 AM
Menarik...

Tp ada yg ckp yg lahir dulu adik, yg kemudian abg/kakak sbb yg tua beralah dgn yg muda.  ...

sebab yang keluar dulu tu duduk dekat pintu means masuk lambat kot


Quote TeropongThaico 4-1-2022 10:03 PM
Bestnya...
Quote ellejo 4-1-2022 10:10 PM
bukan dorang ni masuk skolah tak ikut tahun ke tapi bulan kelahiran?
bukan mcm kita sapa lahir 2021 auto darjah 1.
Quote Minami2013 5-1-2022 07:18 AM
Decaffeinated replied at 4-1-2022 10:36 AM
sebab yang keluar dulu tu duduk dekat pintu means masuk lambat kot

Hahaha.. mungkin juga  
Quote Shazid 5-1-2022 07:24 AM
Uniknya....boleh ke kira dlm tahun yg sama mcm ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051220 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top