Isu majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) menjadi bahan tawa untuk Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali.
Biarpun tidak menyebut nama dan sekadar berkongsi gambar yang sudah dikaburkan, namun orang ramai boleh mengecam siapa dimaksudkan Diva AA itu. Lebih-lebih lagi apabila dia menyebut nama pengaran dan pelakon Michael Ang yang sebelum ini menyatakan kesediaannya dipanggil polis untuk diambil keterangan. "Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP?
"Michael Ang boleh tak kau menyalak kuat lagi?" selorohnya berserta emoji ketawa. Sebelum ini, majlis resepsi pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang berlangsung di sebuah villa di Genting Highland, Pahang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan netizen kerana melanggar SOP. Berikutan itu, Utusan melaporkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu. Sementara itu, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya akan memanggil semua yang terbabit termasuk tetamu dan pemilik villa berkenaan untuk membantu siasatan. Rasanya, Mike nak layan tak provokasi Diva AA ni? - CARI
|
prince_marhaen replied at 30-12-2021 04:22 PM
alaaaaaa ko ngan nyonya ting tong tu pun sama jer...pondan tua gelupuh semua benda nak merentan... b ...
ADVERTISEMENT