CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketar Lutut! Siapa Pemandu Biar 3 Budak Keluar Separuh Badan Di Tingkap Ni?

27-12-2021 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9544| Komen: 65

Tindakan tiga kanak-kanak mengeluarkan separuh badan mereka melalui tingkap kereta sedang bergerak laju sambil melambai-lambai di atas lebuh raya mengundang resah netizen kerana khuatir mereka terjatuh.



Kerdit foto: FB

Kejadian itu dimuat naik seorang pengguna laman media sosial Facebook, Syafiq Yazid di dalam kumpulan DashCam Owners Malaysia.

Individu tersebut mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan tiga kanak-kanak berkenaan melakukan aksi berbahaya.

“Ini sangat bahaya abang. Nyawa tak ada jual dekat pusat beli-belah,” tulisnya.



Rata-rata netizen turut sependapat dengan pemuda tersebut dan berharap ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa kerana tindakan membiarkan kanak-kanak melakukan aksi berbahaya itu bukan sahaja bakal mendatangkan kesan buruk kepada pelaku tetapi pengguna lain turut terkena tempias.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-12-2021 03:43 PM
Kau tengok la perangai orang bandar. Jauh lebih jakun dari Orang Jakun sundri.
Quote krustykrab 27-12-2021 03:44 PM
Takpe mati anak2, nnt boleh je buat yg baru.

Yg mati ni nnt claim lah anak2 syurga
Quote manehnya 27-12-2021 03:44 PM
bior la dia nk rasa sakit
Quote epal21 27-12-2021 04:16 PM
Eloklah. Mati budak2 tu nanti boleh mak pak minta derma.
Quote Kurex 27-12-2021 04:24 PM
seriau.....
Quote domestobot 27-12-2021 04:27 PM
biar je, masing2 dah besar kan. nak kumpul pengalaman hidup la katakan.
Quote chandrahusin 27-12-2021 04:29 PM
mmg ramai mcm ni
ada yg biar toddler main2 kat tingkat yg terbukak
mmg seriau bila tengok
klu jadi apa2 nnt salah plk org lain
Quote sukacactus 27-12-2021 04:40 PM
Budak2 ni xpernah naik kete ke
Aku bila tgk org drive buka tingkap semua pun dah seriau
Ni kan ada budak2, babies
Ank2 aku dl, berdiri dlm kete pun aku larang
Quote lipans 27-12-2021 04:41 PM
aku dulu walaupun suka buka tingkap kereta sambil nganga mulut, aku tak bagi anak2 aku buka tingkap. bahaya bukan ada bau melainkan kalau ada bau angin dilepaskan sesiapa dalam kereta. Itu kena buka tingkap.
Quote white_musk 27-12-2021 04:43 PM
Sepatutnya dia beli sport car ala ala kereta yang dinaiki bini2 sampai abg jamil mampos
Quote faraway1 27-12-2021 04:44 PM
Teringat orang tempatan sini yang pergi cuba ke mana, buat camni lah, sekali tak sedar kena sambar, meninggal...

Sian anak dalam keta tengok mak meninggal camtu..
Quote faraway1 27-12-2021 04:45 PM
krustykrab replied at 27-12-2021 02:44 AM
Takpe mati anak2, nnt boleh je buat yg baru.

Yg mati ni nnt claim lah anak2 syurga

Kematian yang dicemburui katanya...
Quote JamilBinAbu 27-12-2021 04:48 PM
faraway1 replied at 27-12-2021 04:44 PM
Teringat orang tempatan sini yang pergi cuba ke mana, buat camni lah, sekali tak sedar kena sambar,  ...

kena sambar apa? petir?
Quote anakmak 27-12-2021 04:50 PM
Miss Rina mana?
Quote Artemesiaa 27-12-2021 04:51 PM
Kalau betul pun nak berlatih sarkas tak perlulah menyusahkan pengguna jalanraya yang lain
Quote Skuau 27-12-2021 05:08 PM
chandrahusin replied at 27-12-2021 04:29 PM
mmg ramai mcm ni
ada yg biar toddler main2 kat tingkat yg terbukak
mmg seriau bila tengok

tingkat ke tingkap???
Quote Skuau 27-12-2021 05:38 PM
JamilBinAbu replied at 27-12-2021 04:48 PM
kena sambar apa? petir?


Terpaksa aku buat kesimpulan sendiri...disambar...garuda...
Quote prince_marhaen 27-12-2021 05:39 PM
tengok macam bukan kanak-kanak, dah macam awal remaja kepam berpeluh berkerak ni masing-masing ni jenis dak-dak suka attention macam ni..mesti drpd family rempit ni menurun ke anak... mak mesti yang jenis bertenggek kat belakang motor sambil bapak buat wekang.
Quote bakingsoda 27-12-2021 05:54 PM
anak mmg tak boleh dibeli, tapi boleh dibuat. gittew kot mentaliti bapak dia

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.073200 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top