CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Paru-paru Ebby Yus Mungkin Ditebuk

27-12-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7873| Komen: 45

Description: Bukan mahu simpati tetapi pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar kesihatan tidak memburuk selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan ...
Bukan mahu simpati tetapi pelakon dan pelawak, Ebby Yus mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar kesihatan tidak memburuk selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan masalah paru-paru berair sejak empat hari lalu.


Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, berkata, dia baru sahaja selesai menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor.


Kredit foto: IG Ebby

“Keadaan sekarang okey. Doktor cuma cakap paru-paru saya ada air dan setakat ini, saya perlu ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.

“Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Ebby yang cukup dikenali menerusi sitkom televisyen Simpang Tiga percaya, setiap yang berlaku dalam kehidupan seseorang terkandung hikmah tersendiri.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” katanya penuh optimis.

Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan lenyap dibawa arus banjir di Hulu Langat, Selangor.

Gara-gara kejadian tersebut, Ebby terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.

Pada Oktober lalu, dia mengikuti rombongan umrah ke Mekah namun mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 27-12-2021 04:38 PM
Besarnya ujian dia ni… semoga dipermudahkan
Quote shiraloveyou 27-12-2021 04:53 PM
Semoga ebby yus diberi kesembuhan, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...byk berita2 sedih semenjak dua menjak ni
Quote beta_carotene 27-12-2021 04:55 PM
semoga dipermudah urusan abby yus..

ni lah antara artis malaysia yang paling banyak dugaan hidup
Quote mrsamz 27-12-2021 04:57 PM
Kalau paru2 berair ni selalu ada kaitan dgn masalah jantung yg sedia ada
Quote fazila17 27-12-2021 05:07 PM
Moga dipermudahkan.. moga diberikan kesembuhan..
Quote MistrezHermanaz 27-12-2021 05:31 PM
semoga diberi kesembuhan..aamin
Quote Jiddin 27-12-2021 05:42 PM
Entah...la, tiap kali tengok Ebby Yus, aku selalu rasa dia adalah kesayangan tuhan. Serious aku selalu rasa camtu.

Done being PA tuhan...
Quote Buritan 27-12-2021 05:47 PM
Jiddin replied at 27-12-2021 05:42 PM
Entah...la, tiap kali tengok Ebby Yus, aku selalu rasa dia adalah kesayangan tuhan. Serious aku sela ...

Aku pun rasa mcm tuuu.. dia hadir ke dunia hiburan pun so so aje pun
Quote Plain-tif 27-12-2021 06:27 PM
Aku pun rasa macam tu
Quote Normabaru 27-12-2021 06:34 PM
Mana bantuan Dr rakan artis yg 24/7 flex kaya tu..ni la masa ko nk tunjuk kekayaan ko..bantu ebby yus ni bangun semula..kesian sungguh
Quote rosmahisham 27-12-2021 06:36 PM
Edited by rosmahisham at 28-12-2021 02:09 PM

Semua yg redah air banjir tu semoga dilindungi Allah setiap masa.mmg takot dgn jangkitan kuman paru2 ke..paru berair ke..Semoga Allah lindungilah mangsa banjir n semua sukarelawan..semoga abam ebby yus baik2 saje dan diberikn kesihatan yg baik dan dipermudahkn segala urusan.
Quote beta_carotene 27-12-2021 06:38 PM
Jiddin replied at 27-12-2021 04:42 PM
Entah...la, tiap kali tengok Ebby Yus, aku selalu rasa dia adalah kesayangan tuhan. Serious aku sela ...

Gtueeh self proclaimed
Quote LadyCarefree 27-12-2021 06:50 PM
Kesian. Semoga ok ok semuanya.
Quote kivio 27-12-2021 06:59 PM
Eh habistu rakan2 artis yang gelak bersama tu, xkan xde sekor pun nak menangis bersama?

LOL
Quote woven11 27-12-2021 08:05 PM
Kesian… berat ujian ebby yus. Tak ada ke rakan2 pelawak yang menang ratus2 ribu maharaja lawak mega tiap tahun nak tolong ebby yus.. semoga di permudahkan urusan dan cepat sembuh..
Quote rrgal 27-12-2021 08:38 PM
Semoga dipermudahkn semuanya
Quote stingerGV8 27-12-2021 08:43 PM
LadyCarefree replied at 27-12-2021 06:50 PM
Kesian. Semoga ok ok semuanya.

yg ini tak da hati nak beliak belikhen mata ko yg kero iteww?

kahkahkahkah
Quote Cik_jantung 27-12-2021 08:44 PM
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:31 PM
Normabaru: Mana bantuan Dr rakan artis yg ...

.........
Quote TeropongThaico 27-12-2021 09:56 PM
Lepas satu... Satu dugaan dia terima ya.
Kesiannya.
Moga diberikan keringanan dlm meneruskan hidup

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059786 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top