KOTA BHARU: Salah laku melibatkan segelintir penjawat awam bukanlah sesuatu perkara baru. Bak peribahasa ‘seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit". Terkini, menjalinkan hubungan intim dengan orang awam dan berkahwin tanpa kebenaran antara 116 kesalahan tatatertib pegawai serta anggota polis di Kelantan yang dikesan sepanjang tahun ini, lapor Utusan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua anggota polis dipercayai menjalinkan hubungan intim dengan orang awam manakala seorang lagi didapati berkahwin tanpa kebenaran di Indonesia. Katanya, ketiga-tiga kes itu masih dalam siasatan dan jika anggota tersebut didapati terlibat, mereka boleh dikenakan amaran atau denda yang sepatutnya.
“Daripada 116 kes itu, 61 kes melibatkan anggota sama dan telah selesai siasatan manakala baki 51 kes masih dalam siasatan. “Kebanyakan kesalahan warga PDRM Kelantan adalah penyalahgunaan dadah dengan 19 kes, jenayah 16 kes dan rasuah 1 kes,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Shafien berkata, sepanjang tahun ini, tujuh anggota dibuang kerja, 32 anggota masih ditahan kerja kerana terlibat dengan kes jenayah, dadah serta rasuah, 15 anggota diberi surat amaran dan lapan anggota menerima surat teguran. Siasatan dan tindakan tegas perlu sentiasa diambil bagi mencari anggota-anggota yang bermasalah untuk mengelakkan imej PDRM yang menguatkuasa undang-undang tercemar. - CARI
|
cmf_ctrl replied at 22-12-2021 11:43 AM
menjalinkan hubungan intim tu maksudnya ngongkek la kan..ke skandal
noor2 replied at 22-12-2021 11:47 AM
Kawin tanpa kebenaran tu salah ke darisegi hukum syarak..hukum Islam?
ifanonline replied at 22-12-2021 11:44 AM
ramai anak polis tak menjadi
anakjiran replied at 22-12-2021 12:06 PM
ayat ni selalu dengar zaman sekolah dulu.tapi ada anak polis sorang tu bijak siap masuk Mrsm lag ...
noor2 replied at 22-12-2021 11:47 AM
Kawin tanpa kebenaran tu salah ke darisegi hukum syarak..hukum Islam?
ifanonline: ramai anak polis tak menjadi
AbukRokok replied at 22-12-2021 11:56 AM
tuan saya nak kawin dengan si tuuuu
tuan: tak boleh..sya pun nak dia juga
tuan: tak boleh..sya pun nak dia juga
airmineral replied at 22-12-2021 02:20 PM
yg iols dgr tentera kena dpt kebenaran pegawai atasan klau nak kawen lagi 1
polis mcm xpnh dgr je..
...
ADVERTISEMENT