CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak OKU Patah Tengkorak Dilempar Kekasih Ibu Sebab Tak Nak Makan Tengah Hari

21-12-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2208| Komen: 10

Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuan teman wanitanya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) selepas mangsa enggan makan tengah hari.


Susulan kejadian di England pada 2019, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun, lapor Mirror UK.

Menerusi pendengaran mahkamah, Paul Marsh bertindak balas dalam keadaan marah dan kecewa terhadap mangsa berusia tiga tahun, Jessica Dalgleish.


Kedit foto: Mirror/Steve Finn Photography

Ketika kejadian, tertuduh sedang menonton perlawanan program bola sepak di TV.


Selepas membawa kanak-kanak OKU itu ke tingkat atas, dia melemparkan mangsa dengan kuat ke katil, menyebabkan belakang kepala mangsa terhantuk pada permukaan yang keras.

Walaupun dilatih dalam pertolongan cemas, lelaki berusia 27 tahun itu bukan sahaja menangguhkan panggilan untuk ambulans, tetapi juga menanggalkan baju tidur Jessica yang cedera parah dan memindahkannya ke sofa.

Akibat kejadian itu, tengkorak kanak-kanak itu patah dan mangsa meninggal dunia tiga hari kemudian, dalam kejadian pada 2019.

Marsh hanya tinggal bersama Jessica dan ibunya selama beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku.

Marsh, dari Hythe, Kent, menafikan melakukan pembunuhan dan kekejaman terhadap kanak-kanak, tetapi didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan selepas perbincangan juri berlangsung lebih tujuh jam. 


Sumber: mStar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-12-2021 02:18 PM
Sama je kesnya dimana2
Quote mojarean_X 21-12-2021 02:20 PM
Kejamnya....
Quote Buritan 21-12-2021 02:32 PM
Heloknya rupee.. dambaaan acik forum cari..
Quote Buritan 21-12-2021 02:33 PM
Diminta kande piropura pakai mcm ni pi keje wpun keje jaga..
Quote dua_chzy 21-12-2021 02:35 PM
Janganlah rembes kat pembunuh kanak2 kak. Sehensem mana pun beliau di mata akak.
Quote takayama 21-12-2021 02:39 PM
Cuba suruh tentera yg bdn tegap tu lempor pulak mamat ni mcm. mana dia buat kt mangsa kot Las ms tu sel2 otak dia br dpt berhubung
Quote Nnasda53 21-12-2021 03:23 PM
Orang gila di mana mana.
Quote nononcrux 22-12-2021 03:34 PM
kalau bukan darah daging pon, kenapa diperlaku mcm tu OKU plak tu kesian lahai.. kejam btl kau
Quote Supersirap 22-12-2021 05:17 PM
Apa lah punya manusia macam ni
Quote dudaberhias 22-12-2021 05:22 PM
Ada la jugak rupa tapi dah kenapa kalau tak suka bebudak nak jugak ko cikki yang dah ada anak? mesti jenis bewok ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.122186 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top