Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuan teman wanitanya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) selepas mangsa enggan makan tengah hari.
Susulan kejadian di England pada 2019, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun, lapor Mirror UK.
Menerusi pendengaran mahkamah, Paul Marsh bertindak balas dalam keadaan marah dan kecewa terhadap mangsa berusia tiga tahun, Jessica Dalgleish.
Kedit foto: Mirror/Steve Finn Photography
Ketika kejadian, tertuduh sedang menonton perlawanan program bola sepak di TV.
Selepas membawa kanak-kanak OKU itu ke tingkat atas, dia melemparkan mangsa dengan kuat ke katil, menyebabkan belakang kepala mangsa terhantuk pada permukaan yang keras.
Walaupun dilatih dalam pertolongan cemas, lelaki berusia 27 tahun itu bukan sahaja menangguhkan panggilan untuk ambulans, tetapi juga menanggalkan baju tidur Jessica yang cedera parah dan memindahkannya ke sofa.
Akibat kejadian itu, tengkorak kanak-kanak itu patah dan mangsa meninggal dunia tiga hari kemudian, dalam kejadian pada 2019.
Marsh hanya tinggal bersama Jessica dan ibunya selama beberapa bulan sebelum tragedi itu berlaku.
Marsh, dari Hythe, Kent, menafikan melakukan pembunuhan dan kekejaman terhadap kanak-kanak, tetapi didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan selepas perbincangan juri berlangsung lebih tujuh jam.
Sumber: mStar |