CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dipukul, Ibu Saksi Anak Dirogol Bekas Suami

21-12-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7032| Komen: 90

Seorang wanita terpaksa menyaksikan anak perempuannya dirogol bekas suami dalam kejadian di Kampung Batu Sebutir di Pasir Puteh.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berusia 34 tahun itu mendakwa dia dan anak berusia lapan tahun berada di rumah ibu angkatnya sebelum anaknya dipaksa memakan pil kuda oleh bekas suami yang juga bapa tiri kanak-kanak itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek kemudian merogol kanak-kanak itu di hadapan ibu mangsa.


Gambar hiasan

"Wanita itu memberitahu dia tidak mampu menghalang perbuatan suspek kerana bimbang dipukul.


"Pada hari sama, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek, iaitu bapa saudaranya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita berkenaan melarikan diri bersama anaknya dan menghubungi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi memohon pertolongan menerusi Facebook.

"Kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat," katanya.

Shafien berkata, ibu mangsa sudah membuat laporan polis pada Khamis lalu dan bertindak atas aduan mangsa, polis menahan dua suspek berusia 46 dan 39 tahun yang dipercayai bapa tiri dan bapa saudara mangsa, dua hari kemudian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan, 14(a) dab 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

"Polis menahan kedua-dua mereka bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati keduanya positif methamphetamine," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman hingga Jumaat ini, manakala mangsa diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 21-12-2021 01:01 PM
kesian kanak-kanak tu...harus diambil intervensi yang serius sebab for sure kanak-kanak tu trauma.

boleh tak menteri berkaitan membuat cadangan untuk menghukum gantung sampai mati dengan puak perogol dan pedo ni...sbb banyak hidup musnah oleh puak2 mcm ni.
Quote krustykrab 21-12-2021 01:05 PM
Ya rabbi...awat ko tak ambik tukul ke kayu ke, hempok kat kepala iblis tu..ko dh knp pompuan blh tgk je anak ko dirogol...ke ko pun tgh high

Pak sedara serambi mekoh pun lahai...
Quote dua_chzy 21-12-2021 01:05 PM
shi_jewel replied at 21-12-2021 01:01 PM
kesian kanak-kanak tu...harus diambil intervensi yang serius sebab for sure kanak-kanak tu trauma.

...

Buat macam Poland, South Korea, Czech Republic. Perogol boleh dikenakan chemical castration.

Kalau Rina Harun tu bijak pandai proaktif cemerlang gemilang terbilang, sheol boleh fight untuk menda ni.
Quote dua_chzy 21-12-2021 01:07 PM
krustykrab replied at 21-12-2021 01:05 PM
Ya rabbi...awat ko tak ambik tukul ke kayu ke, hempok kat kepala iblis tu..ko dh knp pompuan blh tgk ...

Buatnya dihempuk mak tu sampai mati. Sapa nak jaga budak tu? At least sheol tak pegang tangan anak tolong jantan keparat tu rogol anaknya macam kes setazah berlakikan pemandu lori (pak tiri) lebih 10 tahun lepas (thread ada di CI).
Quote Artemesiaa 21-12-2021 01:07 PM
Macam biasa masaalah orang dewasa kanak2 jugak yang jadi mangsa macam tak ada kesusahan
Quote shi_jewel 21-12-2021 01:09 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 01:05 PM
Buat macam Poland, South Korea, Czech Republic. Perogol boleh dikenakan chemical castration.

Kal ...

mcm dah lama rina krik krik...
harap ada pembaharuan dibuat dari segi isu wanita dan kanak2x di malaysia.

Quote tikusmontok 21-12-2021 01:10 PM
Babee kelate budu
Quote krustykrab 21-12-2021 01:12 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 01:07 PM
Buatnya dihempuk mak tu sampai mati. Sapa nak jaga budak tu? At least sheol tak pegang tangan anak ...

Masa iblis tu tgh sibuk nk merogol tak sempat punya nk fokus kt si mak...hempok sampai mati pun tak pe asalkn anak selamat
Tp tu lah maybe dia panik ke apa kan..
Quote dua_chzy 21-12-2021 01:13 PM
shi_jewel replied at 21-12-2021 01:09 PM
mcm dah lama rina krik krik...
harap ada pembaharuan dibuat dari segi isu wanita dan kanak2x di ma ...

Akak benci penjawat awan, especially kepala yang dok atas, jika terlalu SYMP (Saya Yang Menurut Perintah) tak berani buat hapa2 asyik ikut arahaannnnn sajork. Rina Harun ni jenis gitu la akak tengok. Macam takda harapan ja nak jadik srikandi pembela nasib wanita dan kanak2.
Quote dua_chzy 21-12-2021 01:17 PM
krustykrab replied at 21-12-2021 01:12 PM
Masa iblis tu tgh sibuk nk merogol tak sempat punya nk fokus kt si mak...hempok sampai mati pun ta ...

Bukan senang da. Kot mak tu pun tergamam terkejut tengok laki kesayangan dia sanggup buat gitu dengan budak @ anak tiri sendiri. Macam kawan aku punya testimoni masa dirogol stranger. Tetiba kena serang dalam gelap, kena rogol. Sheol terkejut sampai tak terfikir nak melawan pon sebab takut kerana perogol tu ugut nak cekik sheol sampai mati jika melawan padehal perogol tu bukan ada senjata pun. Kejap ja rasa macam 5 minit ja kata sheol kena tapi sheol terbaring kesakitan, ambik masa nak kumpul kekuatan nak berdiri, jalan balik ke kolej tu, lama.
Quote shi_jewel 21-12-2021 01:19 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 01:13 PM
Akak benci penjawat awan, especially kepala yang dok atas, jika terlalu SYMP (Saya Yang Menurut Pe ...

jgnla buncik penjawat awam akak...sekarang ni SYMA dah..menjalankan amanah yang diberi.

jadi, generasi yg menerajui gomen sekarang harap akan mengubah nasib kanak2x dan wanita di malaysia.

generasi rina tu kira generasi X, pemikiran masih di takuk lama.

harap generasi Y, Z, Alpha yang mempunyai akses dengan sistem undang2x dapat membela nasib rakyat marhen yg perlukan bantuan.
Quote cmf_premierleag 21-12-2021 01:19 PM
mak bodoh mcm ni la
sanggup x kene pukul asalkan anak dirogol oleh jejantan lahanat
harap mak dia disumbat ke penjara jah
anak dia tu let JKM take over je la
Quote keane.somewhere 21-12-2021 01:21 PM
tikusmontok replied at 21-12-2021 01:10 PM
Babee kelate budu


Budaya sana kan kalau bela anak tiri dia buat camtu..

Sbb dlm Al-Quran xda sebut tanggungjawab pada yg bukan pertalian darah gitu.
Quote dua_chzy 21-12-2021 01:21 PM
shi_jewel replied at 21-12-2021 01:19 PM
jgnla buncik penjawat awam akak...sekarang ni SYMA dah..menjalankan amanah yang diberi.

jadi, gen ...

If Rina jenis penjawat awam SYMA, sheol patut tahu hapa sheol kena buat. Tapi jika jenis SYMP, jadik la kau tukun penghias pejabat.
Quote shi_jewel 21-12-2021 01:23 PM
dua_chzy replied at 21-12-2021 01:21 PM
If Rina jenis penjawat awam SYMA, sheol patut tahu hapa sheol kena buat. Tapi jika jenis SYMP, jad ...

itu terang2x SYMP. malas berchakap di parlimen. tunggu penggal abis je.

hasilnya, slim je badan........eeeeeee mak ko ijo
Quote mama_cat 21-12-2021 01:23 PM
aku rasa mak dia dah high time tu... laki hang tgh syok stim pi la hampok kepala jantan keparat tu... bdak 8 tahun kena rogol berkali kali.. taktau la emosi dan nasib dia mcm mana... harap ada keluarga yang sudi bagi perlindungan kat budak ni...
Quote any42 21-12-2021 01:24 PM
Kesiannya bdk tu setan dua ekor tu patut kna tangkap pastu gilis dgn lori kontena
Quote SalenaGomez 21-12-2021 01:25 PM
Iiisssshhhhhhhh BAB* nya…sorry SG terpaksa maki …sepanjang baca news ni x renti maki2…astaggggggaaa…stresss wehhh

Harap hukum bunuh terus ..rosak life budak tu…rogol, pil kuda lagiii….rasa nak pijak2 je ni …gerammmm nyaa
Quote zacEfron 21-12-2021 01:25 PM
wartawan cari ni mmg suka dgn cerita2 rogol..   keturunan ka ?

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057332 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top