Chef selebriti dari Turki, Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai Salt Bae dikritik selepas berkongsi video pertemuannya dengan ibu selepas dua tahun terpisah akibat pandemik Covid-19.
Video itu sepatutnya mendapat reaksi positif pengguna media sosial, namun sebaliknya berlaku apabila kebanyakannya mempersoalkan kenapa pemilik restoran mewah itu membiarkan ibunya hidup dalam keadaan sederhana sedangkan dia sudah kaya raya. Salt Bae sebelum ini sudah pun menjadi perhatian pelbagai pihak selepas restorannya menghidangkan menu pada harga yang disifatkan tidak masuk akal.
Kebanyakan komen mencadangkan supaya chef selebriti itu patut berbelanja lebih untuk kesenangan ibunya termasuk membelikan rumah yang lebih selesa. Seorang pengguna media menulis ‘Anda mempunyai duit yang banyak, tapi kenapa biarkan ibu anda tinggal di flat?’ Ada juga yang mempersoalkan kenapa Salt Bae tidak membelikan rumah baharu untuk ibunya selepas dua tahun tidak bertemu. Selain itu, ada pengguna media sosial mengecam tindakan Salt Bae yang tetap tidak menanggalkan kaca mata hitamnya ketika berjumpa dengan ibunya. Sementara itu, terdapat beberapa komen positif yang menyokong Salt Bae dan menyatakan ibunya mungkin selesa dengan kehidupan yang sederhana. Sumber: Utusan
|
wak_pijah replied at 21-12-2021 01:37 PM
Gelinya tgk dia ni, potong steak pun gaya mendoggie.
cmf_premierleag replied at 21-12-2021 01:39 PM
dan juga geli tgk dia tepuk2 daging tu lps tabur garam
shi_jewel replied at 21-12-2021 12:57 PM
...sebab kebanyakkan restaurante beliau di ambang kebangkrapan. tak laku. gah pada nama je tapi maka ...
mamajawie replied at 21-12-2021 03:15 PM
aku x penah nak teringin makan daging dia sebab just salt only!! takde perap2 langsung..hayiaqqq
*v ...
dudaberhias replied at 21-12-2021 03:26 PM
Restoran dia tak sedap pun sedap lagi menate... Mahal yakmat plak tu RM100 untuk coca cola s ...
ADVERTISEMENT