Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihatkan semua mangsa keganasan rumah tangga agar tampil membuat aduan demi keselamatan mereka.
Kata Sharnaaz, masalah tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa berdiam diri dan tidak mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga mereka. “Jangan takut untuk laporkan sekiranya berlaku keganasan dalam rumah tangga anda. “Terus buat aduan kepada pihak berwajib dan dapatkan khidmat nasihat segera,” nasihatnya.
Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu keganasan rumah tangga yang semakin berleluasa kini. Isu berkenaan menjadi antara elemen yang diketengahkan dalam drama terbaru lakonannya, I Promise Janji Anaqi yang ditayangkan di Astro Ria. Tambah Sharnaaz, keganasan rumah tangga tidak mendiskriminasi jantina. Katanya, mangsa terdiri daripada lelaki dan perempuan. “Lelaki perempuan kena. Ia bermula kecil. Lama kelamaan menjadi besar, sampai sukar untuk dikawal. “Kalau berlaku, kena cepat-cepat tutup. Jangan biarkan melarat. Hari ini pelaku bagi tangan, esok kaki lusa dia cekik mangsa. “Jadi jangan diamkan. Tutup awal,” katanya lagi. Sumber: Utusan
|
anakmak replied at 20-12-2021 09:46 PM
Adakah ands salah seorang mangsa?
Bagus kalau bukan
addamnor replied at 21-12-2021 01:01 AM
Kau pun pukul caddy bangla.. sembang tentang keganasan. Its not parallel with your attitude lah
addamnor replied at 21-12-2021 01:01 AM
Kau pun pukul caddy bangla.. sembang tentang keganasan. Its not parallel with your attitude lah
ADVERTISEMENT