Arab Saudi menjadi negara terbaru menyertai Malaysia yang mengemukakan permohonan kepada kerajaan Indonesia untuk membekalkan tenaga pekerja secepat mungkin.
Duta Arab Saudi ke Indonesia, Issam Al-Thaqafi, berharap Indonesia akan menyambung semula membekalkan pekerja selepas penghantaran digantung selama lapan tahun. Pada Februari 2014, Arab Saudi dan Indonesia memeterai perjanjian menyambung semula penghantaran pekerja tetapi disebabkan penularan COVID-19, pelaksanaannya ditangguhkan. "Kementerian berkenaan sedang berusaha menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya lapor Saudi Gazette.
Portal berita itu melaporkan Indonesia menggantung penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi dan negara lain di rantau ini pada tahun 2011 susulan hukuman mati dijatuhkan terhadap pembantu rumah disabitkan bersalah membunuh majikannya. Laporan media Indonesia menyatakan larangan itu dikenakan selepas kerajaan Arab Saudi menghukum mati warganya tanpa memaklumkan keluarga atau kerajaan Indonesia. Sejak itu, Kementerian Tenaga Kerja Indonesia bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain untuk mengetatkan semua peraturan mengenai pekerja domestik di luar negara. Awal bulan ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia, Ida Fauziyah di Jakarta, kedua-dua menteri komited untuk menyempurnakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai Pengambilan dan Perlindungan Pekerja Rumah Indonesia (PDI) awal tahun depan. Saravanan juga mengadakan perbincangan dengan syarikat Malaysia di Indonesia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai amalan baik pengurusan pekerja asing di sektor perladangan. Mengenai keperluan industri perladangan sebanyak 32,000 pekerja asing, Saravanan berkata Indonesia hanya akan membenarkan kemasukan tenaga kerjanya ke Malaysia selepas MoU PDI ditandatangani. Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Jakarta, Har Man Ahmad memberitahu: "Ia akan menjadi sangat sukar bagi industri sekarang kerana kekurangan penuai." Beliau yang mengikuti rapat isu itu berkata kekurangan pekerja menyebabkan pengeluaran penuaian dan pengumpulan buah segar menyusut, hanya berjumlah 25,471 sehingga Ogos 2021. Anggaran kerugian disebabkan kekurangan pekerja dalam penuaian berbilion ringgit dan isu itu mesti diuruskan dengan segera untuk memenuhi keperluan industri, katanya. Semalam, Malaysia dan Bangladesh memeterai MoU mengenai pengambilan pekerja Bangladesh, berkuat kuasa lima tahun sehingga Disember 2026. MoU itu ditandatangani Saravanan dan rakan sejawatannya dari Bangladesh, Imran Ahmad di Putrajaya. Sumber: BERNAMA
|
krustykrab replied at 20-12-2021 10:53 AM
Apa lagi..pi lah beramai2 kt sana indon oi....gaji byk untung2 pak arab buat bini
Portal berita itu melaporkan Indonesia menggantung penghantaran pembantu rumah ke Arab Saudi dan negara lain di rantau ini pada tahun 2011 susulan hukuman mati dijatuhkan terhadap pembantu rumah disabitkan bersalah membunuh majikannya.
Laporan media Indonesia menyatakan larangan itu dikenakan selepas kerajaan Arab Saudi menghukum mati warganya tanpa memaklumkan keluarga atau kerajaan Indonesia.
dani-rox replied at 20-12-2021 07:31 PM
Ada tak adegan baling najis ke kedubes Arab Saudi? Ke akak terlepas pandang
sekngucing replied at 20-12-2021 08:22 PM
ha...lepas tu kena rogol dek arab....masuk mahkamah syariah..kena potong kepala sebab berzina
krustykrab replied at 20-12-2021 08:24 PM
Tak.prnh plak aku dgr pancung kepala sbb berzina..ko confuse dgn agama lain kot
sekngucing replied at 20-12-2021 08:22 PM
ha...lepas tu kena rogol dek arab....masuk mahkamah syariah..kena potong kepala sebab berzina
dudaberhias replied at 20-12-2021 08:38 PM
tak silap sana ramai maid filipina dan thailand... now indon plak yer...
deorang suka maid thai dan ...
krustykrab replied at 20-12-2021 08:23 PM
Berani indong bodo ni nk buli2 ereb..dipancung tangan sekor2 malaun2
kakikuDibibirmu replied at 20-12-2021 09:35 PM
Cara nak mensabitkan dan menyabitkan kesalahan zina ni ialah apabila orang kena tuduh menaku atau ...
ADVERTISEMENT