CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

38 Penduduk Dibunuh Pencuri Lembu

20-12-2021 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1679| Komen: 5

Sekumpulan penjenayah yang aktif mencuri lembu bertindak kejam membunuh 38 penduduk, semalam dalam tiga serangan berasingan di negeri Kaduna, utara Nigeria.


Setakat ini, pihak berkuasa baru mengenal pasti 29 mangsa yang maut dalam serangan terbabit.

Pesuruhjaya hal ehwal dalam negeri Kaduna, Samuel Aruwan berkata, kumpulan penyerang menggunakan motosikal menyerbu beberapa kampung antaranya Kauran Fawa, Marke dan Riheya di daerah Giwa.


Gambar hiasan/Kredit foto: AFP

"Agensi keselamatan mengesahkan 38 orang terbunuh di semua lokasi serangan. Beberapa rumah, lori dan kereta turut terbakar selain hasil pertanian di ladang juga musnah," katanya dalam kenyataan, di sini.


Presiden, Muhammadu Buhari, dalam kenyataan semalam mengutuk serangan bersifat kejam dalam pembunuhan terbaru itu.

Beliau turut mengulangi desakannya kepada ketua keselamatan dan risikan bagi melakukan segala yang termampu untuk menumpaskan penyerang susulan serangan sama turut berlaku di kawasan lain sepanjang minggu lalu.

Beberapa negeri di Nigeria berdepan ancaman kumpulan jenayah pencuri lembu dan penculik yang menyerbu kampung, membunuh penduduk, mencuri ternakan dan membakar serta merompak.

Lebih parah, kumpulan penjenayah semakin berani dengan menyasarkan sekolah dalam penculikan besar-besaran pelajar bagi mendapatkan wang tebusan daripada ibu bapa dan pihak berkuasa. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 20-12-2021 10:28 PM
melampau....
Quote intan244 20-12-2021 11:50 PM
terang terangan sgt. jahat sungguh
Quote Shazid 21-12-2021 08:51 AM
Allahuakbar!!! samapai membunuh nak curi lembu....gila!
Quote Supersirap 21-12-2021 09:03 AM
Semoga penjenayah tersebut dapat diberkas dan dikenakan hukuman yang setimpal
Quote Samerosie 21-12-2021 09:03 AM
Ya Allah gambar hiasan tu lembu pun macam nak kondem nak cukup makan kesian.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062784 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top