CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taman Tema Air Terima Notis Larangan Lepas Pekerja Maut

14-12-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2215| Komen: 6

Satu notis larangan telah dikeluarkan terhadap sebuah taman tema air di sini kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat hingga mengakibatkan kematian seorang juruteknik, Ahad lepas.


Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati, berlaku kecuaian ketika kerja menyelenggara lampu limpah berhampiran satu kawasan kolam mandi di taman tema air berkenaan.


Gambar hiasan

Menurutnya, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa warga tempatan berusia 25 tahun berkenaan ditemui terjatuh ke dalam kolam air dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh rakan sekerjanya.


"Mangsa yang bekerja selama empat tahun sebagai seorang juruteknik di taman teman air tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 1.48 petang pada hari yang sama.

"Susulan dari siasatan awal yang dijalankan, JKKP telah mengeluarkan arahan larangan kacau ganggu sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak majikan.

"Satu notis larangan juga telah dikeluarkan kepada majikan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja penyelenggaraan peralatan elektrik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, JKKP Perak telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan tersebut.

Katanya, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.

"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisa risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.

Supian berkata, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

"Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-12-2021 02:01 PM
Abeslah berhantu kata ummah nusantara.
Quote minahmanja 14-12-2021 02:29 PM
dosh dah masuk abes lahh..
Quote chinta89 14-12-2021 03:06 PM
taman tema mana

adakah bakal jadi Mimaland 2.0
Quote DayangKirana 14-12-2021 03:11 PM
mana satu? Tambun? Bukit Merah?
Quote luvemedaa 14-12-2021 03:14 PM
Tambun kan
Quote gekkou 14-12-2021 03:34 PM
lost world of tambun atau

bukit meerahh laketown resorttttt

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.103543 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top