CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mudah! Jom Bayar Saman Guna ATM Maybank

15-12-2021 10:15 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 1711| Komen: 1|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Mulai 8 Disember hingga 12 Disember 2021 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga.


Mulai 8 Disember hingga 12 Disember 2021 lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun 80% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mengumumkan pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu  sehingga 31 Disember 2021.

Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

Kredit Foto - Berita Harian


Selain pembayaran dengan hadir secara fizikal di IPD atau pejabat pos atau pembayaran secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi MyBayar Saman, terdapat satu lagi alternatif orang ramai untuk membuat pembayaran trafik.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuat pembayaran di mesin ATM Maybank. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Pilih 'Paybills'

2. Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'

3. Masukkan nombor kad pengenalan, anda juga boleh membayar untuk orang lain dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka.

4. Pilih untuk simpan resit untuk tujuan rujukan.

Sebagai info, orang ramai boleh juga hadir ke kaunter JPJ negeri atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

Selamat membayar saman ya! -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 15-12-2021 04:41 PM
ye, senang yg amat.. smlm aku dh byr guna ATM.. Maybank saja ye..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062658 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top