CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putin Kecewa Dengan Kejatuhan Soviet Sebab Terpaksa Bawa Teksi

14-12-2021 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2025| Komen: 15

Description: Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan kekecewaannya terhadap kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 sehingga menyebabkan beliau terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi bagi mencari pendapatan tambaha ...
Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan kekecewaannya terhadap kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 sehingga menyebabkan beliau terpaksa bekerja sebagai pemandu teksi bagi mencari pendapatan tambahan.




Ekonomi di negara ini berdepan kesukaran akibat kejatuhan Soviet dan menyaksikan penduduk Rusia terpaksa mencari pelbagai alternatif untuk mencari duit dan meneruskan kehidupan.

Putin menyifatkan kejatuhan itu sebagai ‘lenyapnya sejarah Rusia’.

Pemimpin berusia 69 tahun itu mendedahkan perkara tersebut dalam satu dokumentari yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, semalam.



Kredit foto: CNBC

“Kejatuhan Kesatuan Soviet telah meruntuhkan sejarah Rusia dan saya percaya, Barat ketika ini terus menunggu untuk melihat kejatuhan Rusia.

“Saya akui saya berasa sangat kecewa dengan kejatuhan itu, selain menyaksikan saya perlu mencari duit tambahan dengan menjadi pemandu teksi.

“Hal ini bukan mudah untuk didedahkan, namun itulah yang berlaku dan saya masih ingat tentang semuanya,” kata Putin.

Ketika itu, perkhidmatan teksi bukan menjadi kebiasaan di Rusia, namun boleh memberikan pulangan yang lumayan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 14-12-2021 02:45 PM
Hencemmm putin..berkarisma gitewww
Quote zjen 14-12-2021 03:53 PM
komunis jauh lebih islam berbanding demokrasi  ....   xde budaya pelbagai ajaran sesat,  xde budaya kuning lucah,   xde budaya pondan tomboi dan LGBT,   xde budaya pelbagai jenis dadah,  xe budaya nombor ekor, judi, scam dan skim cepat kaya,  xde budaya perkauman,  xde budaya lagu dan wayang cintan cintun,   xde budaya baju fesyen seksi seksi ,  xde budaya kelab malam disko

yet,   penjilat yahudi masih putar belit ckp demokrasi lebih islam
Quote JunkMail 14-12-2021 03:56 PM
Apa kena pulak encik Zjen ni tiba-tiba merempan..jeles Putin bawak teksi ke?
Quote Orix 14-12-2021 03:57 PM
eh serius lah putin ni dulu jd drebar teksi ?
Quote copy_paste 14-12-2021 04:27 PM
Orix replied at 14-12-2021 03:57 PM
eh serius lah putin ni dulu jd drebar teksi ?

masa muda2 dulu kot,
kan dia habaq dah tu
Quote doubleharmonic 14-12-2021 04:35 PM
motip nak kena jaja citer susah masa dulu persis mo anak didik mikey mouse jahh? ko nak keluar produk baru ke puting oi?
Quote Orix 14-12-2021 04:36 PM
copy_paste replied at 14-12-2021 04:27 PM
masa muda2 dulu kot,
kan dia habaq dah tu

igtkan dia ni asal dari family prominent... tp skrg net worth dia je billionzzzz
Quote cmf_premierleag 14-12-2021 04:43 PM
doubleharmonic replied at 14-12-2021 04:35 PM
motip nak kena jaja citer susah masa dulu persis mo anak didik mikey mouse jahh? ko nak keluar produ ...

dulu2 bang usop selam citer dia penah jd konduktor bas mini
tp filem2 keluaran skop productions jarang la mengecewakan iols iols tetap sapot demi kegigihan bang usop selam di zmn muda dulu
Quote Decaffeinated 14-12-2021 04:44 PM
bawa teksi pun nak kecoh... menteri melayu isle mop lantai masjid rilek ja.
Quote Dwdrum 14-12-2021 04:52 PM
Edited by Dwdrum at 14-12-2021 12:54 AM

Putin ada juga paranoia.... Ingat perfecto badass personality
Quote Artemesiaa 14-12-2021 05:40 PM
Pelbagai juga bidang kerja pernah diceburi sebelum ni rupanya
Quote tipah89 15-12-2021 10:50 AM
lately ni byk betul putin ni lalu lalang kat tiktok we oll.. putin ni bukan sejak abis study law dia memang keja dgn gov kan, clelah mana dia sempat keja bawak teksi eh
Quote Skuau 15-12-2021 10:59 AM
JunkMail replied at 14-12-2021 03:56 PM
Apa kena pulak encik Zjen ni tiba-tiba merempan..jeles Putin bawak teksi ke?

mgkin mlm td...bnyk minum VODKA.
Quote Skuau 15-12-2021 11:01 AM
JunkMail replied at 14-12-2021 03:56 PM
Apa kena pulak encik Zjen ni tiba-tiba merempan..jeles Putin bawak teksi ke?

mgkin mlm td...bnyk minum VODKA atau russian torpedo...
Quote jahcomel 15-12-2021 12:24 PM
atuk putin ingat jgk zmn susah dia...tp bila dh senang, mudah je cerai bini y sama2 susah senang dlu...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.331682 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top