CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bunuh Bekas Kekasih Dengan 'Sate Beracun' Dipenjara 16 Tahun

14-12-2021 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2040| Komen: 13

Description: Majlis Hakim Pengadilan Negeri Bantul mengenakan hukuman penjara selama 16 tahun terhadap pesalah yang menghantar sate beracun dengan niat untuk membunuh bekas kekasihnya, Nani Aprilliani Nurjaman.
Majlis Hakim Pengadilan Negeri Bantul mengenakan hukuman penjara selama 16 tahun terhadap pesalah yang menghantar sate beracun dengan niat untuk membunuh bekas kekasihnya, Nani Aprilliani Nurjaman.


Kes itu menyaksikan Nani bersalah selepas sate beracun yang dihantarnya menggunakan perkhidmatan penghantaran pada 30 April lalu mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.


NANI Aprilliani Nurjaman dipenjara 16 tahun selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan terancang. - AGENSI

Berdasarkan pertimbangan majlis hakim, perbuatan Nani memenuhi pendakwaan yang menyaksikan dia merancang pembunuhan dan akibatnya, orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa.


Ketua Majlis Hakim Bantul, Aminuddin berkata, wanita itu sudah merancang perbuatannya dengan mencari maklumat mengenai racun yang boleh digunakan untuk membunuh.

“Sebelum melaksanakan rancangan jahatnya, Nani sudah membeli racun secara dalam talian sebanyak tiga kali. hal itu jelas menunjukkan dia memang merancang untuk membunuh bekas teman lelakinya,” katanya.

Sebelum ini pendakwa raya memohon supaya wanita itu dihukum penjara selama 18 tahun, namun hakim mengurangkan tempoh itu dengan alasan Nani bersikap baik sepanjang ditahan, selain masih muda dan mempunyai masa depan.

“Nani tidak terlibat dengan sebarang jenayah sebelum ini dan dia juga sudah menyesali perbuatannya,” ujar Aminuddin.

Dalam pada itu, keluarga mangsa menyifatkan hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatan Nani, namun terpaksa menerimanya dengan hati terbuka.

Ibu bapa mangsa dilihat menitiskan air mata ketika hakim membacakan keputusan hukuman terhadap Nani.

“Kami akan belajar menerima hukuman ini dengan seikhlas hati. Doakan kesejahteraan kami sekeluarga,” kata ibu bapa mangsa.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 14-12-2021 02:36 PM
Owh ni kes ex dia pegi outstation so pakcik grab bawak balik bagi anak dia makan kan. Takde tanya ke aku tak perasan kenapa dia nak bunuh ex dia?
Quote KIM.K 14-12-2021 02:40 PM
Bila indon nak buat movie adaptasi
Quote Suchi 14-12-2021 02:54 PM
Menarik kes ni boleh buat pilem tp jgn biar budak tu jd mangsa biarlah jantann yg bebetul kena.
Sian budak tu tak memasal mati, pompuan ni pun bukan nak bunuh budak tu tp pakwe dia.
Apa yg dia marah sgt eh sampai sanggup nk bunuh ni.
Tp itulah memandangkan dia ni bukan pembunuh yg licik lagi terer maka rancangan dia ni gagal sampai org lain yg tak salah jd korban.
Perancangan yg tak cukup rapi, pengajaran juga pd food rider supaya jgn makan makanan yg mmg bukan hak kita.
Better pulangkan aja pada yg menghantar.
Quote Suchi 14-12-2021 02:57 PM
hareeeesah replied at 14-12-2021 02:36 PM
Owh ni kes ex dia pegi outstation so pakcik grab bawak balik bagi anak dia makan kan. Takde tanya ke ...

G out station ke? Bukan ke dia mmg tanak terima sbb tak order? Kena baca balik pasal kes ni.
Quote hareeeesah 14-12-2021 03:08 PM
Suchi replied at 14-12-2021 02:57 PM
G out station ke? Bukan ke dia mmg tanak terima sbb tak order? Kena baca balik pasal kes ni.

Ha’ah pakcik tu call cakap ada makanan tp dia cakap dia tak order.. lagi pun dia outstation so pakcik bawak je la balik makan dengan family...
Quote whimsicalmusic 14-12-2021 03:15 PM
Psycho minah ni..xpasal2 nyawa org xbsalah melayang
Quote mamajawie 14-12-2021 03:17 PM
oh, ni citer yg pakcik bwak balik sate bagi makan kt anak dia kan?kesian la hai arwah budak tu..yg pakcik pun xpayah la amik makanan kot2 beracun skali betul ada racun..
Quote nononcrux 14-12-2021 03:35 PM
indon ke ni, bukan indon dewa santau ka.. anpe tak santau/santet saja
Quote umbut 14-12-2021 03:51 PM
Ko dah bunuh org pastu 16 tahun je jail. Tgu mak budak tu santet ko
Quote ezacbee 14-12-2021 04:23 PM
Agaknya lelaki tu cakap pakcik makanlaa, saya taknak..
Tu yg dia bawak balik. Sate tu.
Quote tipah89 15-12-2021 10:53 AM
kejinya.. xmemasal nyawa orang yg xde kena mengena jadi korban.
Quote asfaz 15-12-2021 12:46 PM
Edited by asfaz at 15-12-2021 12:47 PM

Selain muda dan mempunyai masa depan.
So arwah budak yg meninggal tak memasal tu takde masa depan?


Ptutnya hukum mati aje.
Quote Decaffeinated 15-12-2021 12:49 PM
Wanita Bunuh Bekas Kekasih Dengan 'Sate Beracun' Dipenjara 16 Tahun


Ini tajuk thread wartawan cari yang tak baca apa yang dia paste. Aku harap momod diberi kuasa untuk deduct kredit tajuk yang 'menipu' sebegini.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046125 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top