CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Kes Buli, Harith Iskander Persoal Kepercayaan Sistem Pendidikan Di Sekolah

13-12-2021 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1937| Komen: 7

Baru baru ini, kecoh mengenai kejadian buli secara kekerasan atau ‘ragging’ di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar seperti rakaman video tular di media sosial.


Menurut BH Online, kejadian buli terbabit berlaku pada 9 Disember membabitkan mangsa dengan tujuh suspek lain yang semuanya merupakan pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.


Kredit foto: IG Harith

Kejadian buli tersebut turut mendapat perhatian Harith Iskander. Dalam perkongsiannya di laman sosial, Harith mengimbau kembali semua nama yang pernah menjadi mangsa buli sehingga kehilangan nyawa.

Bagi Harith, dia percaya bahawa budaya buli ini telah menjadi kebiasaan di kebanyakkan sekolah yang menganggap ia sebagai sebahagian daripada pendidikan di sesetengah tempat.



Harith turut mempersoalkan kebaikan dan keburukan proses pendidikan berasrama penuh ini dan baginya sekiranya melibatkan nyawa, dia meninggalkan persoalan tersebut kepada netizen adakah tindakan tersebut berbaloi atau tidak.

Tambahnya, jika kejadian buli ini berterusan, dia menjangkakan ketidakpercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan dalam melindungi golongan remaja di sekolah.



Kejadian buli tersebut telah mendapat perhatian ramai selebriti dan netizen. Terbaru, polis telah memanggil semua pelajar yang dikatakan terbabit termasuklah pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 13-12-2021 07:51 PM
Diamlah botak

Kan acik porum dh ckp

BUKAN BAWAH PORTFOLIO KPM

Mahupun PORTFOLIO KPT

jadi ank jidin dgn acik noraini xpyh Komen Dan xpyh pikir apa2

Nyawa ni bila2 masa pon semua akan mati
Kalau dh ajal..nk buat cmne
Khuenss
Quote sharlenetexas 14-12-2021 12:53 AM
Mcm pernah terbaca gosip wife heols suka membuli masa zmn sekolah dulu.
Quote prince_marhaen 14-12-2021 09:22 AM
diamlah botak gendut, semua issue nak selit cerita kau! Kau buat stand up comedy yang boring tu pun mengata & membuli orang jugak...semua orang kau jadikan bahan lawak kau walaupun selalunya annoying je lebih..
Quote Hessa 14-12-2021 09:30 AM
budaya ragging kat sekolah ni takkan wujud kalau anak2 yg datang ke sekolah2 tu anak2 yg berjenis ye..mak ayahnya yg patut dipersalahkan, dah dari lahir duduk dengan mak ayah kan..nampak benar lah mak ayah tu tak didik betul2 anak2 masing-masing..itu yg jadi pembuli, tak dibanteras sikap anak tu, sampai ke tua lah gitu...sikit2 nak salahkan orang luar
Quote mizruncing 14-12-2021 09:56 AM
mula lahhh dia nak tnjuk herooooooo
Quote Kurex 14-12-2021 11:00 AM
tapi kau sendiri buli mental kan
Quote lasagna 14-12-2021 11:13 AM
elehhhh try ar kau masuk boarding skool..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.242762 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top