CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Sedar Rakyat Sedang Marah" - KJ Mohon Maaf Program Kerajaan Langgar SOP

13-12-2021 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3940| Komen: 41

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada rakyat, berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Khamis lalu.



Kredit foto: The Star

Pelanggaran SOP membabitkan penjarakan fizikal itu menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun maksimum RM1,000 Jumaat lalu, kepada Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri yang menjadi penganjur program itu.

Khairy mengakui pelanggaran SOP pada majlis bagi meraikan kejayaan kerajaan dalam tempoh 100 hari pentadbiran itu, menjejaskan kredibiliti mesej dan saranan KKM berhubung pematuhan SOP.


Memberi jaminan kerajaan akan memastikan ia tidak berulang, beliau merayu supaya rakyat tidak mengikut kesilapan sama, sebaliknya tetap tegas dengan pematuhan SOP bagi memastikan pandemik itu berjaya dikawal.

"Saya sedar rakyat sedang marah disebabkan apa yang telah berlaku pada acara yang sepatutnya meraikan kejayan kerajaan.

"Namun, kekhilafan telah berlaku dengan beberapa insiden kesesakan yang saya sangat kesali.

"Kita minta maaf kepada rakyat tentang apa yang berlaku, tapi kita kena pandang ke hadapan. Kerajaan juga akan belajar daripada insiden yang berlaku dan kita akan buat lebih baik untuk masa akan datang.

"Tapi janganlah disebabkan kesilapan kami di pihak kerajaan, rakyat enggan patuh kepada SOP. Kita kena sentiasa sama-sama berjuang menentang pandemik ini," katanya.


Kaunter pembayaran saman ditutup pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (APM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kerana melanggar SOP. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Beliau berkata demikian pada program Bicara Naratif Khas di RTM1, malam ini.

Dalam pada itu, Khairy menegur SEPADU yang disifatkan lemah dan gagal dalam menjalankan tugas sepanjang menganjurkan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, antaranya menghantar mesej mengajak pengunjung beramai-ramai memeriahkan program berkenaan.

Bagi penganjuran program akan datang, Khairy menyarankan kerajaan menggunakan agensi atau kementerian yang sudah biasa menganjurkan acara besar seumpamanya, seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

"KKM tidak halang penganjuran kerana Kuala Lumpur dalam fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kita benarkan acara, majlis perkahwinan dan seumpamanya.

"Cuma, kena jaga SOP. Tidak timbul soal kenapa KKM tidak halang kerana ia memang dibenarkan, tapi kegagalan dari segi pelaksanaan," katanya.

Ditanya mengenai persepsi pemberian kompaun oleh KKM secara pilih kasih, Khairy menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan kementerian tidak pilih bulu dalam menguatkuasakan peraturan dan memberikan kompaun.

Beliau mengakui dilihat sebagai 'budak jahat' pada PRN itu kerana memberi saman pada semua pihak yang melanggar peraturan, termasuk pemimpin daripada partinya sendiri.

"Penganjur program Tan Sri Muhyiddin Yassin kena RM20,000. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden saya sendiri kena RM10,000. Datuk Ab Rauf Yusoh, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka kena RM10,000.

"PKR kena RM10,000. Penganjur program Datuk Seri Najib Razak dua kali kena RM4,000. Begitu juga penganjur program Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Dalam kumpulan (Whatsapp), adalah yang soal kenapa KKM berani sangat kompaun program Perdana Menteri sendiri, seolah-olah nak cucuk (provokasi).

"Tapi Perdana Menteri kata, kalau berlaku kesalahan, elok KKM dan KJ keluarkan kompaun. Saya lega sebab Perdana Menteri menyokong tindakan saya supaya tidak ada dua darjat, pilih kasih. Saya akan teruskan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 13-12-2021 04:54 PM
eh tiada komen
Quote kucingitam 13-12-2021 04:56 PM
baguslah pandai minta maaf... sebelum ni menteri2 mana de mau minta maaf, mengaku salah? drg je yang betul..
Quote annehuda 13-12-2021 04:56 PM
sabtu lepas aku gi kenduri kahwin kt satu kampung ni kat n9. meriah gak siap karaoke, sanding-sanding. tetamu pun ramai. terkejut gak aku. rasenye rakyat pun ramai dah pelan-pelan balik ke zaman sblm pkp
Quote msdummy.2018 13-12-2021 05:03 PM
Jgn ngaku salag jer..kalo student tanggal mask kemain laju ko saman..hbs yg ni tutup mata? Blum ckp melangkawai batas tuh
Quote krustykrab 13-12-2021 05:05 PM
Dah korg pun suka langar sop, apa kata biar je rakyat pilih cara hidup sdndiri, no more fm.
Quote Artemesiaa 13-12-2021 05:11 PM
Whatever ler, teringat nampak satu bai kat mall yang bentuk muka style rambut tinggi saling tak tumpah macam dia.  Mirip sungguh tapi mungkin sebab dah ramai asyik pandang2, dia mula rasa tak selesa terus dia bukak mask kejap untuk menjernihkan kekeliruan.  Nasib part mulut ada bezanya.
Quote Belibis 13-12-2021 05:14 PM
Ada yang percaya menteri bayar saman?? Alangkah income tax pun tak bayar juta2.
Quote Skuau 13-12-2021 06:22 PM
Edited by Skuau at 13-12-2021 10:03 PM

Aku rasa kelakar jer....benda dh boleh agk bila kumpul ramai2 ni...minta maaf tu..sekadar 'adab'... drng tu...bukannya.. 'TER'kumpul..reramai..dgn tak sengaja...pon.Mmmm...
Quote Firenzza 13-12-2021 06:40 PM
Acah2 naif leteww? Sendiri buat undang2, sendiri buat SOP, ujong2 sendiri langgar, mmg baghal burtuqal diorg ni.... iols agak skeptikal sesama sendiri saman, betul ke diorg bayar ke kawteam blkg, sbb mcm xde kesan apa pun, tuhari PRN melaka dgr org yg sama jg kena saman, mmg lan€@¥ la korang nih
Quote gekkou 13-12-2021 07:07 PM
tak kan lah x boleh expect the crowd
lebih2 lagi kau buat promo pengurangan saman sampai 80%
dengan online sistem pun teruk
kalau x de promo sebegitu
aku tak rasa ramai yang nak pergi
sementelahan nk beratur panjang2
Quote Acikporemkau 13-12-2021 07:09 PM
Mana2 skang rakyat tak heran dah
Bebas macam biasa pekerja kedai makan
Pakat2 tak pakai mask dah tak berapa nak heran
Quote doubleharmonic 13-12-2021 07:33 PM
babi         
Quote doubleharmonic 13-12-2021 07:34 PM
hanat           
Quote doubleharmonic 13-12-2021 07:34 PM
celaka           
Quote kakikuDibibirmu 13-12-2021 07:47 PM
Sindiri buat undang-undang bodoh, sindiri langgar undang-undang bodoh, sindiri saman diri sundri, sindiri mintak maaf
Quote kivio 13-12-2021 08:02 PM
Pimampoz.

Orang practice pencegahan, kau practice dah buat baru nak sedar sedar.

Snakin' around
Quote xy_daen 13-12-2021 08:04 PM
Pemimpin2 pilihan...
Quote zie_indah 13-12-2021 09:04 PM
Mana ada org.jaga sop skrg ni.. bohong ja
Quote samperit 13-12-2021 09:09 PM
berminyak je rupa KJ ni cuba lah smart sikit. awak menteri kesihatan. ni dah rupa jantan gila talak

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.191695 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top