Seorang anggota polis di Sumatera Selatan dilaporkan kepada pihak atasan selepas didakwa merogol seorang isteri tahanan sehingga hamil.
Mangsa merupakan isteri kepada seorang tahanan kes dadah di Penjara Tanjung Raja, daerah Ogan Ilir. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Selatan, Supriadi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan tersebut. Katanya, kes tersebut terbongkar selepas peguam bela tahanan tersebut membuat laporan pada Jumaat lalu.
“Kami akan meneliti kes ini dan jika benar dakwaan itu, kami akan menahan anggota polis berkenaan untuk dikenakan tindakan,” katanya. Peguam Feodor Novikov Denny berkata, anak guamnya kini masih menjalani hukuman penjara di Tanjung Raja dan selepas mengetahui isterinya dirogol anggota polis tersebut, dia meminta supaya melaporkan hal itu kepada polis. “Anggota polis itu mengugut untuk memindahkan tahanan tersebut ke penjara yang lebih jauh sekiranya mangsa enggan melayani nafsu serakahnya. “Kerana takut tidak dapat berjumpa lagi dengan suaminya, mangsa menuruti permintaan anggota polis tersebut dan kini dia hamil dua bulan akibat perbuatan itu,” ujarnya kepada Kompas.com. Selain itu, Feodor memberitahu, anggota polis tersebut turut mengancam untuk mengupah orang bagi mencederakan suami mangsa di dalam penjara jika enggan menuruti permintaannya. Sumber: Utusan
|
Decaffeinated replied at 13-12-2021 09:33 PM
ini kes paksa rela kan kenapa sampai terbunting?
tumpanglalu74 replied at 13-12-2021 11:12 PM
Aletta Ocean & Charles Dera.
cik_kuntum36 replied at 14-12-2021 10:11 AM
kalo secara paksa xbole bunting ke??? sekali pun bole jek bunting.... dik oiii...
ADVERTISEMENT