Golongan lelaki perlu memahami secara menyeluruh sekiranya berkeinginan untuk berpoligami seterusnya mampu memikul amanah agar rumah tangga bahagia.
Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, undang-undang telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi kepada seseorang lelaki yang mahu berpoligami. Katanya, sekiranya isteri sedia ada tidak mampu melahirkan anak atau uzur untuk bersetubuh atau gila, perkahwinan untuk berpoligami adalah perlu. Ini merupakan faktor utama yang mahkamah mahu dengar melalui permohonan seorang lelaki.
“Lelaki yang mahukan poligami seharusnya mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi. Banyak orang yang mohon poligami ini mampu dari sudut kewangan, tetapi ada juga lelaki yang baki pendapatan bulanan hanya cukup makan saja mohon poligami. “Lelaki harus mampu untuk berlaku adil dari sudut layanan dan bermalam agar setiap isteri dan tanggungan perlu dilayan dengan baik dan tidak diabaikan. Giliran bermalam ini perlu sama rata dan tidak boleh lebihkan hari bersama isteri baru berbanding isteri sedia ada. Jika kurang adil, isteri tersebut berhak tuntut fasakh di Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. Namun begitu, menurut Fahmi, perkahwinan poligami ini tidak akan menjejaskan kebajikan isteri sedia ada. “Hal ini berkait rapat dengan faktor kewangan kerana kebiasaannya, lelaki yang tidak mampu ada juga cuba untuk minta kebenaran poligami daripada mahkamah. “Apabila diselidiki rupanya isteri serta tanggungan sedia ada sudah tunggang-langgang. Bahkan ada isteri yang menanggung kehidupan suaminya,” ujarnya. Mengulas lanjut, Fahmi berkata, kalau mahu poligami, fikir betul-betul. Mampukah kita seorang lelaki memikul tanggungjawab dan amanah. Banyak orang rasa dia mampu, tapi lepas kahwin banyak hak yang terabai. -CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 10-12-2021 01:52 PM
Dh masuk sorga tuh mintak 10payung emas pon dpt. Dh nama masok sorga. Payung emas bukan eksklusip ut ...
Lagubestbest replied at 10-12-2021 03:36 PM
Perempuan kalo bab poligami... dicampaknya Islam..
Buritan replied at 10-12-2021 04:00 PM
Nak tanye laa pd bam dude.. nape ek lelaki nak kawin bebanyakk.. mcm bodo pun ade.. kumpul burit.. b ...
dua_chzy replied at 10-12-2021 04:06 PM
Kumpul pahala mendirikan sejid di sorga kot kak Burit.
Thunderclouds replied at 10-12-2021 01:52 PM
Dh masuk sorga tuh mintak 10payung emas pon dpt. Dh nama masok sorga. Payung emas bukan eksklusip ut ...
Lagubestbest replied at 10-12-2021 03:36 PM
Perempuan kalo bab poligami... dicampaknya Islam..
ADVERTISEMENT