CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Pegang Pistol, Ebit Lew Bergambar Dengan Samseng Jalanan Rio De Janeiro

10-12-2021 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5743| Komen: 61

Pendakwah terkenal Ebit Lew meneruskan perjalanannya ke satu kawasan yang dikatakan bahaya di Rio De Janeiro, Brazil baru-baru ini dengan menziarahi penduduk-penduduk setinggan di kawasan Favela.


Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau bergambar mesra bersama beberapa samseng jalanan yang juga penduduk di sekitar kawasan itu.

Selain itu, beliau menganggap kawasan itu hanya kisah filem ‘Fast Furious’ semata-mata, tetapi wujud di alam nyata seperti di Rio.

“Senjata api ini biasa sahaja di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk dan memang bahaya.

“Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja dengan anak muda ini dijalanan, mereka ajak bergambar,” tulisnya di Facebook hari ini.


Foto: IG


Jelasnya, seperti kebiasaan, janggut dan kopiah atau jubah yang dipakainya pasti akan menimbulkan kehairanan kepada mereka sehingga sepanjang perjalanan ke sebuah Masjid An Nur di Rio, beliau dipandang dan diperhatikan oleh penduduk sekitar.

“Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah serta saya ceritalah tentang kasih sayang Allah dan Sunah Nabi SAW.

“Walau seram tengok mereka ini, berkat sunah dan niat membantu orang susah mereka sambut saya dengan sangat baik sehingga ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaogi 10-12-2021 01:38 PM
yawn......
Quote matbad 10-12-2021 01:47 PM
mcm dia ja ajak tgkp gamba haha
Quote FOTHER-MUCKER 10-12-2021 01:51 PM
Saya dah lupa negara mana, di musim C19 gangsters pun boleh jadi baik mereka saling bantu membantu meagihkan makanan kepada penduduk di persekitaran kawasan mereka.
Quote Chairman 10-12-2021 02:05 PM
apelah hapdet pasal kes mamat ni eh..cepat2 la kasi setel
Quote Skuau 10-12-2021 02:11 PM
Boleh dh dpt karekter kt GTA.....
Quote bulalof 10-12-2021 02:12 PM
nak berdakwah, tapi semakin lama semakin riak & terpesong.
Quote Madel 10-12-2021 02:20 PM
Jgn sat lgi dia claim dah islamkan gangster2 sana iya sudahlah
Bukan le pecaya si ebit ni.
Quote Thunderclouds 10-12-2021 02:36 PM
Madel replied at 10-12-2021 02:20 PM
Jgn sat lgi dia claim dah islamkan gangster2 sana iya sudahlah
Bukan le pecaya si ebit ni.

was about to say the same thing
Quote toxicated 10-12-2021 02:44 PM
Bagi duit n mtk perlindungan mafia international ke? Tanya je.
Quote susukambingbest 10-12-2021 02:46 PM
Jgn plk dia beli pistol mainan, bg geng2 dia brlakon knonnya gngter kt sana n amik gmbar. Mklumla, muka smua xnmpk budk amik hdiah dlu pun kena brlakon amik 2x
Quote Kurex 10-12-2021 03:01 PM
kehinaan sorang penonggeng agama
Quote tikusmontok 10-12-2021 03:13 PM
matbad replied at 10-12-2021 01:47 PM
mcm dia ja ajak tgkp gamba haha

Mcm anak2 palestine disuruh bergbr ngan toys
Quote ellejo 10-12-2021 03:16 PM
kt socmed merata samseng punya bangga show off. time kat sini elok tutup muka. fishy sangatttttt
Quote Decaffeinated 10-12-2021 03:36 PM
ingatkan pegang pistol sendiri



Quote prince_marhaen 10-12-2021 03:43 PM
Bebird Lew ni macam makin merepek je... sorry lah...hati meols hitam agaknya.... tapi serious macam dah makin merepek, yang support pun dah macam memuja dah...yihhh
Quote sharlenetexas 10-12-2021 03:43 PM
Reporter cari ketinggalan zaman.

Quote buapakperut 10-12-2021 04:11 PM
MAAF yebit, merreka bukan macam palauh kat Sabah Sana,konon2 masuk Isle dengan kuasa janggut kasih sayang yebit.
Quote buapakperut 10-12-2021 04:12 PM
Decaffeinated replied at 10-12-2021 07:36 AM
ingatkan pegang pistol sendiri

Kahkahakhah tersedak iols lawak inneh
Quote makadek 10-12-2021 04:13 PM
Pentaksub takjub

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043008 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top