CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bernanah Teruk Akibat Korek Teliga Guna Putik Kapas

10-12-2021 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1884| Komen: 12

Description: Gara-gara sering menggunakan putik kapas untuk mencuci dan membersihkan kotoran di dalam telinga, seorang gadis mengalami kesakitan di telinganya sehingga mengeluarkan nanah.
Gara-gara sering menggunakan putik kapas untuk mencuci dan membersihkan kotoran di dalam telinga, seorang gadis mengalami kesakitan di telinganya sehingga mengeluarkan nanah.


Menerusi satu perkongsian video oleh @faridaharshad di laman TikTok, gadis tersebut menjelaskan pada awalnya dia hanya menyangka air yang keluar dari telinga adalah air biasa, tetapi sebenarnya nanah sambil menunjukkan kapas yang mempunyai cecair tersebut.

Menurut keterangan pada video tersebut, kesakitan yang dialaminya semakin hari bertambah sakit sehingga terdapat letupan di telinganya.

Foto: Tiktok

“Malam tadi tak tidur langsung, sebab telinga saya sakit dan saya tak tahu ada apa, tapi saya letak kapas.


“Saya dah guna tiga hingga empat kapas, masih basah dan nanah keluar banyak. Sekarang saya dalam perjalanan nak ke hospital,” katanya sambil menangis menerusi video tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut, turut berkongsi cerita dan pengalaman mereka di ruangan komen.

“Saya tak pernah cuci sampai dalam, tapi dinding telinga bengkak dan kemudian tak pernah cuci guna putik kapas langsung dah, kalau nak buang tahi telinga pergi klinik terus,” kata @Ladybear.

“Pernah juga jadi tapi gegendang telinga tak ada masalah, sumpah sakit sangat sebab selalu cuci telinga sampai keluar darah,” kata @adam.

“Saya tengah laluinya sekarang, sakit sangat, sampai sakit separuh kepala hingga demam. Serik rasa nak guna lagi, hampir sebulan tanggung kesakitan,” kata @DHIAA. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jitu 10-12-2021 02:43 PM
bt apa guna putik kapas
guna yg jenis besi tu
tp seeloknya jgn korek

Quote Thunderclouds 10-12-2021 02:50 PM
Ko korek ke ko jolok dikk..yg duktur penah pesan jgn dkorek lepas mndi. Kulit tgh lembab2 basah takut luka. I selang 2 3 hr mmg korek walau takat geli2. Tebayang lak ear wax zac epron
Quote mbhcsf 10-12-2021 03:17 PM
Edited by mbhcsf at 10-12-2021 03:19 PM

err...actually putik kapas atau cotton bud ni , i dah perhati sangat jarang dah dijual di farmasi  i mean may be i tak perasan tapi sangat sangat jarang dah , rasanyalah.

dan lagi satu cotton bud tu gunanya hanya untuk bersihkan rawan cuping telinga je , i.e  your earlobe bukan untuk dimasukkan ke dalam salur telinga tu dan bersihkan wax/ cerumen / tahi telinga iaitu sel sel tisu telinga berserta secretion rembesan  sikit.

Kalau nak cuci cerumen tu , pi ENT , depa ada alat khas untuk keluarkan IMPACTED WAX, tahi telinga yg terkeras and terkumpul.

So , hehati guna cotton bud.
Quote 234126 10-12-2021 11:26 PM
Jarang korek telinga kecual bila rasa gatal. Tu pun takda la lama sebab belajar biologi zaman skolah tau la dalam tu kulit nipis. Kalau dok korek sampai kering wax memang la luka.
Quote kakikuDibibirmu 10-12-2021 11:38 PM
Haaa.... Korek! Korek! Korek!

[youtube]rvX-9mcuhBw[/youtube]
Quote Decaffeinated 10-12-2021 11:45 PM
bukan salah cotton bud 100% tapi salah ko rodok sampai cedera dan kotor lalu kena infections.

Lepas tu dah tau sakit kenapa tunggu berhari2 sampai bernanah bagai baru nak berubat.

Ear wax tu sepatutnya akan keluar secara natural tapi kalau dah banyak sangat boleh lah sapu2 bahagian luar telinga yang penting jgn jolok push lagi wax tu ke dalam.

Quote kakikuDibibirmu 10-12-2021 11:49 PM
Doktor dekat ENT pun tabagi kita korek-korek telinga, dia bagi perumpamaan tengok macam mana kucing korek telinga, just tepi kat luar jah, bukan Jho Lok Jho Lok sampai ke dalam, tu yang sampai cotton bud tersangkut dalam telinga pelbagai, kohkohkoh...
Quote gekkou 11-12-2021 07:42 AM
tak korek telinga
kadang gatai uols
korek itu nikmat
tapi bukan jolok sampai dalam
Quote Mooverine 11-12-2021 10:15 AM
macam ketagihan bah korek telinga ni.
sehari tak korek, macam tak sempurna hidup.
kalau pakai bobby pin korek sikit-sikit tu rasanya okay tak..
Quote elnor_81 11-12-2021 10:22 AM
Lg 1, jgn korek hari2. Ad org hari2 korek. Rodok smpi dlm2 nape.
Quote Artemesiaa 11-12-2021 10:32 AM
Sebab tu tak digalakan guna cotton bud, bukan bantu bersihkan pun kadang tapi lagi tolak ear wax tu masuk lebih kedalam lagi tambah masaalah.
Quote jazaa100 11-12-2021 10:46 AM
Decaffeinated replied at 10-12-2021 11:45 PM
bukan salah cotton bud 100% tapi salah ko rodok sampai cedera dan kotor lalu kena infections.

Lepas ...

Kekdg suka gak baca komen kau.....
Ayat yg kau guna, tak blh blahh ....
Eg: rodok....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.262021 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top