Jakarta: Pemain pasukan kebangsaan Vietnam bakal berdepan kelemahan jika tidak makan daging babi pada Piala AFF 2021 (Piala AFF 2020) yang berlangsung di Singapura ketika ini.
CNN Indonesia memetik Vietnam News yang menulis mengenai kepentingan makan daging babi untuk pemain itu. “Ini mungkin kelihatan remeh, tetapi atlet merasakan mereka perlu rasa selesa supaya dapat melakukan sesuatu yang terbaik. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada menang atau kalah. “Tahap prestasi fizikal juga boleh menurun tanpa pengambilan nutrisi yang mencukupi dan seterusnya akan ada kesan psikologi berada di tempat asing dengan memakan makanan asing,” tulis Vietnam News. Vietnam News menambah, pasukan kendalian Park Hang Seo mungkin tidak terlalu merasakan kesan tidak makan daging babi semasa menang mudah 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala AFF. Bagaimanapun menurut agensi berita itu, kesan masalah makanan tersebut akan menjejaskan prestasi pasukan pada penghujung kejohanan. “Vietnam mungkin merasa mudah untuk menewaskan pasukan kecil Laos dengan dua gol. Dan masalah ini nampaknya tiada pada perlawanan pembukaan mereka, tetapi aspek ini mereka perlukan pada peringkat akhir kejohanan dan mereka akan merasakan perbezaan antara memakan ayam dan daging babi,” tulis Vietnam News. Sebelum ini, pasukan kebangsaan Vietnam merungut mengenai hidangan disediakan tuan rumah dan menu itu dianggap tidak memenuhi keperluan nutrisi pemain dalam Piala AFF. Vietnam News percaya banyak pihak dipersalahkan atas ketiadaan menu makanan yang menjadi kegemaran pemain pasukan kebangsaan Vietnam khususnya daging babi dalam Piala AFF ini. -CARI Sumber: Utusan Online
|
hungryhenry replied at 10-12-2021 08:31 AM
Game ni main kat mana? Singapork kan?
ketupatnasi replied at 10-12-2021 10:04 AM
ye kat Singapore tapi diorang ada sekatan import babi due to African Swine Fever.
memasing komen ...
ketupatnasi replied at 10-12-2021 10:04 AM
ye kat Singapore tapi diorang ada sekatan import babi due to African Swine Fever.
memasing komen ...
haruslah replied at 10-12-2021 10:14 AM
Vietnam mintak bab*
Indo mintak bakso
Malaysia mintak ns lemak
krustykrab replied at 10-12-2021 10:32 AM
Lain kali bawak la bekal..
salimrock replied at 10-12-2021 12:21 PM
MAQIS singapore tak bagi masuk, takut bawa daging babi berpenyakit, dan kemudian menjangkiti selur ...
ADVERTISEMENT