Jakarta: Pemain pasukan kebangsaan Vietnam bakal berdepan kelemahan jika tidak makan daging babi pada Piala AFF 2021 (Piala AFF 2020) yang berlangsung di Singapura ketika ini.
CNN Indonesia memetik Vietnam News yang menulis mengenai kepentingan makan daging babi untuk pemain itu.
“Ini mungkin kelihatan remeh, tetapi atlet merasakan mereka perlu rasa selesa supaya dapat melakukan sesuatu yang terbaik. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada menang atau kalah.
“Tahap prestasi fizikal juga boleh menurun tanpa pengambilan nutrisi yang mencukupi dan seterusnya akan ada kesan psikologi berada di tempat asing dengan memakan makanan asing,” tulis Vietnam News.
Foto: Utusan Online
Vietnam News menambah, pasukan kendalian Park Hang Seo mungkin tidak terlalu merasakan kesan tidak makan daging babi semasa menang mudah 2-0 ke atas Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan A Piala AFF.
Bagaimanapun menurut agensi berita itu, kesan masalah makanan tersebut akan menjejaskan prestasi pasukan pada penghujung kejohanan.
“Vietnam mungkin merasa mudah untuk menewaskan pasukan kecil Laos dengan dua gol. Dan masalah ini nampaknya tiada pada perlawanan pembukaan mereka, tetapi aspek ini mereka perlukan pada peringkat akhir kejohanan dan mereka akan merasakan perbezaan antara memakan ayam dan daging babi,” tulis Vietnam News.
Sebelum ini, pasukan kebangsaan Vietnam merungut mengenai hidangan disediakan tuan rumah dan menu itu dianggap tidak memenuhi keperluan nutrisi pemain dalam Piala AFF.
Vietnam News percaya banyak pihak dipersalahkan atas ketiadaan menu makanan yang menjadi kegemaran pemain pasukan kebangsaan Vietnam khususnya daging babi dalam Piala AFF ini. -CARI
Post time 10-12-2021 10:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
ketupatnasi replied at 10-12-2021 10:04 AM
ye kat Singapore tapi diorang ada sekatan import babi due to African Swine Fever.
memasing komen ...
Oh now baru aku paham ngape depa x dpt makan barbie tu
Kalo ada african swine fever tu better la spore decide utk buat sekatan import for now
Tp takkan la pihak vietnam ni x reti bahasa lgsg?
Takkan x paham bab2 mcm ni.even kalo any lembu ada penyakit HFMD pun any negara akan stop utk import bwk masuk ke negara depa.
Spore kene jaga negara depa juga