CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Langgar Lampu Isyarat, Tak Sedar Belakang Ada Polis. Memang Mendapatlah!

10-12-2021 07:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1751| Komen: 14

Description: Ipoh: Tindakan penghantar makanan yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Azlan, dekat Bercham, di sini, mengundang padah apabila dia dikenakan saman oleh anggota trafik yang menunggang mot ...
Ipoh: Tindakan penghantar makanan yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Azlan, dekat Bercham, di sini, mengundang padah apabila dia dikenakan saman oleh anggota trafik yang menunggang motosikal di belakangnya.


Kejadian itu tular melalui klip video berdurasi 36 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum ia dimuatnaik di Facebook (FB) Polis Daerah Ipoh.

Menurut hantaran berkenaan, rakaman video 'dashcam' itu tular di laman sosial dan berlaku jam 9.45 pagi semalam.


Foto: Harian Metro

Menerusi hantaran itu, tindakan saman diambil oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berpangkat Koperal.


"Tindakan saman diambil oleh Koperal Mohd Amin Ismail ke atas penunggang motosikal terbabit yang melanggar isyarat lalu-lintas di Jalan Sultan Azlan Shah/ Bercham yang tular di laman sosial baru-baru ini," kata hantaran itu yang disiarkan malam ini.

Sementara itu rakaman video terbabit memaparkan penghantar makanan itu tidak menyedari anggota polis trafik berada di belakangnya sebelum melanggar lampu merah sebaik tiada kenderaan melalui susur simpang dari arah berlawanan.

Sejurus melanggar lampu isyarat merah berkenaan, video seterusnya memaparkan penghantar makanan itu 'dikejar' oleh polis trafik terbabit yang kemudiannya mengarahkan supaya berhenti di bahu jalan dipercayai bagi proses pengeluaran saman. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 10-12-2021 08:20 AM
Bersepah rider camni..dh la langgar lampu merah kdg2 bawak motor membahayakan nyawa org lain..
Quote nononcrux 10-12-2021 09:56 AM
adan uke.. sakit hati selalu bertembung orang mcm ni grrrrr
Quote musangbodoh 10-12-2021 12:48 PM
video sini
Quote Artemesiaa 10-12-2021 01:08 PM
Dah biasa buatkan baru kali ni mendapat
Quote shernazz 10-12-2021 01:44 PM
Adakalanya rider langgar lampu merah pastu.nak kita yang kat lampunhijau ni bagi jalan kat dia
Sial
Quote Tokeybundle 10-12-2021 01:57 PM
shernazz replied at 10-12-2021 01:44 PM
Adakalanya rider langgar lampu merah pastu.nak kita yang kat lampunhijau ni bagi jalan kat dia
Sial

Betol.selalu kena camtu
X guna btl
Quote Skuau 10-12-2021 02:14 PM
'langgar' lampu merah & lawan arus....dh jadi benda biasa drng buat la ni...
Quote bulalof 10-12-2021 02:15 PM
ramai rider di lembah klang yg suka melanggar lampu isyarat.

ramai juga yg menunggang motor secara berbahaya.

namun, pd yg menunggang mematuhi undang2, syabas & terima kasih.
Quote shernazz 10-12-2021 03:03 PM
Tokeybundle replied at 10-12-2021 01:57 PM
Betol.selalu kena camtu
X guna btl

Khen...demi kejar trip..area iols neh sebelum.grabfood n panda mendonia..dominos pizza slalu buat gini..sampai ada.sorang rider depa meninggal.kena.langgo...kat flyover ..
Quote KamikuP 10-12-2021 03:19 PM
Ini maciam kat trafik light nak gi tesco  kat bercham tu.. hahaha
Quote SecretLuv 11-12-2021 02:32 AM
Baru je tengah ari tadi hampir nak berlanggar dengan rider grab. Lampu aku dah hijau tapi dia pulak yang jalan[em:24:]
Nasib aku lambat sikit gerak walaupun dah hijau. Kalau tak mesti dah bertembung
Quote SecretLuv 11-12-2021 02:33 AM
Elok polis trafik duduk kt traffic light. Biar rider2 ni tak berani nak langgar lampu merah. Elok saman je semua. Membahayakan orang lain
Quote PEPPERMAN 11-12-2021 11:42 AM
sepatutnya polis tu berenti sebelah rider, baru lah rider alert dan mengkensel plan untuk langgar lampu merah.
Quote Decaffeinated 11-12-2021 11:47 AM
PEPPERMAN replied at 11-12-2021 11:42 AM
sepatutnya polis tu berenti sebelah rider, baru lah rider alert dan mengkensel plan untuk langgar la ...

itu kalau polis tu berhati mulia niat untuk cegah sebelum parah


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.132351 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top