CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Sekolah Pondok Rogol 12 Pelajar- 8 Dah Beranak, 2 Lagi Hamil

10-12-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4608| Komen: 58

Description: Bandung: Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa dan kerjaya itu dipandang mulia oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia.
Bandung: Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa dan kerjaya itu dipandang mulia oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia.

Namun, seorang guru di yayasan sekolah pondok di Bandung sanggup mencabul dan merogol 12 pelajar perempuan sehingga lapan daripadanya sudah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang mengandung.

Guru durjana yang hanya dikenali sebagai HW itu kini sudah ditahan polis dan kesnya dibawa ke muka pengadilan.


Suspek guru yang didakwa merogol 12 pelajar di sekolah pondok di Bandung, Indonesia. - Agensi

Ketua Seksyen Penerangan Undang-Undang Pejabat Pendakwa raya Jabar, Dodi Gazali Emil berkata, kes tersebut sudah dibawa ke Mahkamah Daerah Bandung untuk dibicarakan.


Katanya, guru tersebut sudah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2016 sehingga kini.

“Seramai 12 pelajar menjadi mangsa nafsu serakah guru itu dengan kebanyakannya berusia antara 16 dan 17 tahun.

“Lapan daripada pelajar itu pernah melahirkan anak, manakala dua lagi sedang hamil,” katanya kepada Kompas.com.

Jelas Dodi, guru tersebut akan menjalani sesi perbicaraan pada 18 November ini.

Setakat ini, sebanyak 21 saksi bakal dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Selain itu, guru tersebut juga didakwa tidak hanya merogol anak muridnya di sekolah, tetapi turut melakukan perbuatan hina itu di tempat lain.

Dodi memberitahu, guru itu menggunakan kekerasan kepada semua mangsanya untuk memaksa mereka menuruti kehendaknya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milanhawkin 10-12-2021 08:37 AM
setannya perangai
Quote nononcrux 10-12-2021 08:55 AM
Ya Allah, patut la indonesia tak percaya Islam sepenuhnya kat sna..
Quote SembangKari 10-12-2021 09:02 AM
Besar napsu
Quote copy_paste 10-12-2021 09:10 AM
ilmu agama dah ada,
baca al quran dah tentu sedap,
tapi xleh kawal nafsu
Quote idril 10-12-2021 09:16 AM
mcmmana la org bukan islam nak respek org islam, kalau perangai penunggang ugama lagi cibai dari iblis
Quote hayati_hassan 10-12-2021 09:21 AM
tudiaaa gelak besaq bapak setan
kuat goda sampai terjerumus guru tu
Quote dua_chzy 10-12-2021 09:22 AM
nononcrux replied at 10-12-2021 08:55 AM
Ya Allah, patut la indonesia tak percaya Islam sepenuhnya kat sna..

Islam bagaimana yang dimaksudkan sepenuhnya?
Quote airmineral 10-12-2021 09:28 AM
kejinya pak ostat jiwa gelora
semoga tuhan bagi balasan setimpal kt dunia dan akhirat
Quote manehnya 10-12-2021 09:29 AM
nafsu binatang ke apa ni, siannya budak2 tu, knp x gugurkan aja masa awal kehamilan...
Quote sukacactus 10-12-2021 09:44 AM
Setannya!
Xpasal2 dah kena membela ank, padahal diorang pun belum dewasa
Dgn study ntah ke mana, traumanya lg
Quote DayangKirana 10-12-2021 09:49 AM
tu dia, besar punye pedo rider..
xde family members ke those kids?
throughout 10 months period, for each of them 8....none of outside people noticed?
mengandung and sempat pulak beranak..
Quote nononcrux 10-12-2021 09:51 AM
dua_chzy replied at 10-12-2021 09:22 AM
Islam bagaimana yang dimaksudkan sepenuhnya?

byk je Islam convert kristian, ada baca 1 artikle indonesia la.. mereka terlalu sulit untuk memahami tujuan Islam, terlalu byk mahzab yang ditekankan.. jadi yg mudah dah faham untuk mengenali agama mereka memilih kristian.
Quote hareeeesah 10-12-2021 10:00 AM
Ya Allah, dah la buat projek. Eh sula kan aja la kalau perangai syaiton camni.. mesti mostly orang susah yang di kerjakan .
Quote bottombikini 10-12-2021 10:02 AM
Edited by bottombikini at 10-12-2021 10:03 AM

senang idup dia
stok sedia ada tinggal pilih saja
kesian santri2 tersebut
dalam skola ada ular sawa

semoga saitan ini mereput ke dalam
Quote matchstick 10-12-2021 10:04 AM
Ramai nye anak dia..semua tak sah taraf
Quote piep 10-12-2021 11:06 AM
kesiannya budak yg dirogol tu.. trauma lagi, macam mana pulak penerimaan masyarakat, keluarga lagi.. bby tu pun sama kesiannya.. brengset punya ustaz
Quote putput 10-12-2021 11:22 AM
mcm mana dia bleh ajak . apa taktik dia guna pakai
Quote keane.somewhere 10-12-2021 11:24 AM
nononcrux replied at 10-12-2021 08:55 AM
Ya Allah, patut la indonesia tak percaya Islam sepenuhnya kat sna..

Kat sini masih percaya lagi walaupun dah hancing
Quote keane.somewhere 10-12-2021 11:24 AM
Banyak baka keturunan dia bersepah

Cita2 lelaki Islam

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.185511 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top