Oleh Fyruz Sememangnya mudah bagi kita melupakan temujanji daripada melupakan seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan ini. Walaupun pada dasarnya kamu yang mengawal semua yang ada dibenak fikiranmu tetapi kamu tidak dapat menipu diri anda disaat kamu berpura-pura untuk tidak ambil peduli, sebenarnya jauh di sudut hati... kamu sangat peduli.
Dalam hal cinta terutamanya, anda sering berpura-pura serta tekad melupakan seseorang yang pernah hadir menyakiti jiwa dan hati anda. Semakin kamu cuba melupakan, kata-katanya sering sahaja muncul tak terduga. Kamu sering mengelamun memikirkan kesalahan yang pernah kamu lakukan tanpa sedar. Sehingga tak sedar bila kamu terpaksa berpura-pura kamu tak lagi peduli dan tak ikhlas melepaskan si dia.
Usahlah berpura-pura. Untuk melepasi dugaan terbesar ini ada kalanya kamu harus mengakui bahawa kamu masih sakit hati... 1. Kamu boleh pilih untuk menipu 100 orang pun, namun kamu sendiri tahu perasaan sebenar dalam diri Mungkin alasan kamu masih mengingati momen dan detik-detik perpisahan antara kamu dan dia mungkin boleh difahami oleh orang lain, namun jika kamu berbohong menyatakan kamu tak ingat langsung perkara tersebut kepada orang lain, Ya! sememangnya orang lain tak dapat tahu sekiranya kamu berbohong, namun untuk apalah kamu berbohong. Tak ada gunannya kalau kamu berpura-pura. Jika kamu terluka tunjukkan sahaja. Tak perlulah kamu terlalu menolak segala sesuatu tentangnya. Tiada siapa yang tahu apa yang kamu lalui... dan bukan mereka yang rasa apa yang kamu rasa... mengapa perlu kamu tipu diri sendiri? 2. Menyibukkan diri kamu dengan perkara lain juga tak membantu kamu melupakan perpisahan dengan si dia. Kamu pasti akan mengingati luka sepanjang masa Kamu fikir kamu dapat lupakannya dengan hanya mengembara? Ya mungkin dalam masa sekejap namun bukan untuk jangka masa lama. Kamu tak akan selamanya dapat lari dari perasaan yang kamu sendiri tak lalui. Ingatlah, jangan lari.. hadapinya kerana ia ujian buat anda. Perasaan sakit itu ada... lepaskan segera.. 3. Mereka yang tinggalkan kamu jangan kamu lupakan, kenang mereka kerana mampu ubah diri kamu berjaya sehingga sekarang Mungkin beberapa orang yang hadir pernah meninggalkan bekas luka yang begitu mendalam sehingga kamu benci untuk ingat atau sebut nama mereka. Namun jika kamu fikir dengan mendalam, perasaan sakit yang kamu alami tak menutup kemungkinan kamu belajar erti memiliki. Bayangkan jika mereka tak pernah menyakitimu, adakah kamu dapat belajar erti melepaskan sesuatu yang bukan kamu punya? Belajarlah untuk menerima, walaupun pahit namun ia mengajar kamu erti sebuah pertemuan. 4. Hadapi dan jangan lagi bersembunyi. Fahami dan pelajari Pada akhirnya kamu sendiri mengerti mengapa kamu berpisah dengannya, perlahan-lahan kamu mengerti bahawa tidak semua orang harus saling memiliki antara satu sama lain. Belajar ikhlas dan kamu akan semakin faham, berpura-pura membohongi diri kamu tidak akan menyelesaikan masalah yang kamu hadapi. Nikmatilah segala proses yang terjadi. Tapi bagaimana? Terpulang kepada kamu...
|
ADVERTISEMENT