PETALING JAYA – Banyak cerita kurang enak mengenai sesetengah penumpang tren sebelum ini yang dianggap mementingkan diri dan tidak mengendahkan penumpang lain. Terbaru, sebuah klip video memaparkan seorang penumpang dengan selamba membasuh tangannya ketika berada di dalam sebuah tren Rapid KL menjadi tular di laman Twitter hari ini. Klip video berdurasi 13 saat itu memperlihatkan seorang wanita dipercayai warga emas mencuci tangannya menggunakan sebotol air di atas lantai tren terbabit, lapor Kosmo. Selain tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di sekelilingnya, wanita itu juga dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan di Twitternya tadi berkata, pihaknya melarang penumpang lain meniru perbuatan tersebut dan berharap agar orang ramai lebih beretika ketika menaiki tren. “Kami tidak pernah upgrade (menambah baik) tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan. “Harapan kami, jangan tiru aksi atau perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren,” ciapnya. Dalam pada itu, Rapid KL turut menasihatkan agar penumpang memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam. Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang dianggap tidak mempunyai "common sense". Jika anda terlihat situasi seperti ini berlaku didepan mata, jangan lupa terus berikan teguran dan nasihat sewajarnya. - CARI |
zacEfron replied at 2-12-2021 09:51 AM
tgk la bangsa hanat apa..
ADVERTISEMENT