CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekik Mati Lelaki Sebab Tuduh Curi Pembesar Suara: Tertuduh Hidap Depresi Dan Masalah Emosi

1-12-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3649| Komen: 36

Description: Ipoh: Dua beranak antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh lelaki dalam pergaduhan dekat Flat Ashby, Jalan Asman Shah, Sungai Senam, di sini, ...
Ipoh: Dua beranak antara tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh lelaki dalam pergaduhan dekat Flat Ashby, Jalan Asman Shah, Sungai Senam, di sini, minggu lalu.


Ketiga-tiga tertuduh iaitu, Ramli Lot, 60; bersama anak lelakinya Ismail Rizwan Ramli; dan seorang lagi lelaki, Mohd Fuzi Manaf, 47; mengangguk faham sejurus pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nor Azrin Liyana Mohamad Darus.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Foto: Harian Metro

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa membunuh Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin di pasar pagi di Jalan Hospital Flat, di sini antara 9.05 hingga 11.05 pagi, 25 November lalu.

Mereka didkawa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmipsementara kesemua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran.

Mohd Hakim berkata, seorang daripada anak guamnya iaitu Ramli sebelum ini pernah didiagnosis menghidap tekanan perasaan (depresi) dan masalah emosi selain pernah menjalani pembedahan membuang tumor di kepala pada tahun 2013.




Malah, menurutnya Ramli seharusnya menghadiri temujanji bagi menjalani prosedur imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada 27 Disember ini.

Susulan itu pihak pendakwaan memohon tertuduh dirujuk kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk pemerhatian dan penilaian mental terhadapnya.

Nor Azrin Liyana kemudiannya menetapkan Ramli supaya menjalani penilaian kesihatan mental di HBUK selain menetapkan 3 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes.

Minggu lalu, media melaporkan lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan membabitkan empat individu di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 1-12-2021 01:07 PM
Dlm ramai2 dok kerumun tu,sorg pn xhalang dia cekik kwn tu. Kaa depa tukang sorak?
Quote jahcomel 1-12-2021 01:12 PM
Thunderclouds replied at 1-12-2021 01:07 PM
Dlm ramai2 dok kerumun tu,sorg pn xhalang dia cekik kwn tu. Kaa depa tukang sorak?

tu pn sakit mntal jgk...ade ke patut brsorak tngok org mati...manusia ke binatang...
Quote shida81 1-12-2021 01:23 PM
Thunderclouds: Dlm ramai2 dok kerumun tu,sorg pn xhalang dia cekik kwn tu. Kaa depa tukang sorak?


dorang tolong rakam

Quote prettyuglybabe 1-12-2021 01:25 PM
yang cekik tu sapa? yang mental tu ke?
Quote keane.somewhere 1-12-2021 01:36 PM
Thunderclouds: Dlm ramai2 dok kerumun tu,sorg ...


Polis pun sekadar posing melentik
Quote KamikuP 1-12-2021 01:37 PM
Yg cekik dan dicekik ada maslah mental.
Quote prince_marhaen 1-12-2021 01:46 PM
dahhhhhhhhhhhh agak dah skripppp ittewww..... mesti sakit mental punyaaaaaa... skrippp templete kalau tertuduh ada kabel kabel dan koneksyennnn kannn... yang polis2 keliling haritu dalam gambar & video sekali tu tak kena apa-apa ke? yihhh!
Quote heythere123 1-12-2021 02:01 PM
laju pakai kad sakit mental. Waktu buat orang tak ingat ya
Quote manehnya 1-12-2021 03:21 PM
Hermmmm mental pulak
Quote hareeeesah 1-12-2021 03:55 PM
khinzir apa la ko pun nak mental ke… lawyer ko suruh cakap camtu ke pakcik
Quote chaos_sweetly 1-12-2021 03:57 PM
Yg waras sepenuhnya tu mcmne pulak?Jgn tiba2 kemurungan jugak.
Quote AbukRokok 1-12-2021 04:03 PM
mcm ni sya pun nak bunuh org la pastu claim sya gila
Quote cruz2 1-12-2021 04:06 PM
Senang cite semua yg terlibat dlm kes ni termasuk penonton,polis(kalau betul ada di tempat kejadian) adalah pesakit mental.sila hntr ke tanjung rambutan tanpa perlu dinilai
Quote johan-adx 1-12-2021 04:10 PM
biar la kekal 302..setimpal
Quote naina 1-12-2021 04:31 PM
Alasannnn
Dan2 sakit mental
Dah tua plak tu mohon habiskan sisa dalam penjara je pakcik
Untung2 boleh bertaubat nasuha diam2 tak campur orang luar
Quote tripleid 1-12-2021 04:33 PM
tak nak cakap ada kad OKU ke
Quote Aikiko 1-12-2021 05:01 PM
So????

Boleh terlepas mcam tu je ke
Undang2 kat Msia ni kan, what do you expect??
Bunuh org, kasi tunjuk mental .....
Langgar sop kasi tunjuk perut oopsss....
Quote dua_chzy 1-12-2021 06:26 PM
tripleid replied at 1-12-2021 04:33 PM
tak nak cakap ada kad OKU ke

Baru nak taip benda yang sama.
Quote tripleid 1-12-2021 06:34 PM
dua_chzy replied at 1-12-2021 06:26 PM
Baru nak taip benda yang sama.

Tapi sian gak..terserlah penyesalan di wajah para okt,esp pocit yg pkai kepiah

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073593 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top