CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Singgah Ke KL Membeli Gula,"- Sanusi Tuju Pantun Buat JDT

1-12-2021 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5301| Komen: 62

Description: Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) FC diraikan jutaan peminat bola sepak dan tidak ketinggalan Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md No ...
Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) FC diraikan jutaan peminat bola sepak dan tidak ketinggalan Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


Sanusi ketika tampil pada satu majlis memberi ucapan dengan memulakan pantun berbunyi, "Dari Kedah ke Singapura, singgah ke KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.

Pantun berkenaan turut dibalas di ruangan komen oleh Wann, "Nabil kerja dekat port, singgah ke pasar beli udang galah, sembang banyak player import, takkan dengan KL City pun kalah.


Sanusi, Foto: Harian Metro

Manakala AzlanEF turut memberi komen dengan mengatakan 'tumpang gembira pun jadilah walaupun Kedah kalah hari tu."

Sanusi dalam laman Facebooknya turut memuat naik status berbunyi 'sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu. Tahniah KL City.

Saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira. Biarpun KL City menjulang Piala Malaysia namun tumpuan lebih diberikan kepada kehangatan orang kuat kedua-dua pasukan berkenaan - Sanusi dan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berbalas kenyataan di media sosial seperti pengguna media sosial lain.

Sebelum ini Sanusi menerima penghantaran daripada TMJ berbentuk makanan segera McDonald's bersama empat belon berwarna biru dan merah (warna rasmi JDT).

Perkara itu dikongsikan oleh TMJ sendiri melalui ruangan IG Story ketika pertembungan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT.

Turut diserahkan ialah sejambak bunga dengan mesej tertulis: "Dengan ingatan tulus ikhlas, TMJ."

Membalas perkara itu seorang peminat bola, Khairil Anuar dalam ruangan Twitternya memuat naik status "Harap esok Sanusi Md Nor hantar laksa Kedah kat TMJ dengan belon warna kuning hijau. Dekat notes ada tulis. "Makan la sikit, nanti sakit.."

Perang media sosial kedua-dua individu penting KDA FC dan JDT ini bermula selepas TMJ menegur pengurusan KDA FC yang hanya menjelaskan bayaran gaji yang tertunggak selama dua bulan sebelum perlawanan suku akhir yang mempertemukan kedua-dua pasukan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 1-12-2021 04:02 PM
Diamlahhhh!!!ko tu pon 2x5 jahh

Quote shida81 1-12-2021 05:10 PM
mcm budak2 ... buruk perangai masing2
Quote batmana 1-12-2021 05:30 PM
menteri ni dh takde keje lain ka? perangai cm budak2 tiktok
Quote tikusmontok 1-12-2021 05:43 PM
Satu malaya menentang jamaika
Quote stingergrabs 1-12-2021 05:45 PM
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Jamaika tak boleh tidur nyenyak for weeks nampaknya

Kahkahkahkahkah
Quote stingergrabs 1-12-2021 05:47 PM
Jom kawan kawan kita berpantun dlm thread ini...tribute buat jamaika


Kahkahkahkahkah
Quote Rogue98 1-12-2021 05:47 PM
Teruk Jamaica n team bola dia kena kutuk hari ni....bersepah posting kat fb...hahaha...I like..
Quote stingergrabs 1-12-2021 05:53 PM
Anak mersing mandi lumpur,
Sambil mandi mencari siput,
Wahai budak tecik jgnla menggelupur
Hari in kalah besok coach bolehla ko hamput....




Kahkahkahkahkahkah
Quote sekngucing 1-12-2021 05:53 PM
Pantun ada pembayang oklah..ni pantun pun ala ala sepahtu
Quote stingergrabs 1-12-2021 05:55 PM
sekngucing replied at 1-12-2021 05:53 PM
Pantun ada pembayang oklah..ni pantun pun ala ala sepahtu

Tak kisahla pantun keww pick up lines...janji mengena


Kahkahkahkahkahkah
Quote exclusive_vvip 1-12-2021 05:58 PM
Org kedah ni mmg jenis berani sound depan2 eh..takde nyer jenis nak talk behind2 gitu..haha
Quote stingergrabs 1-12-2021 05:58 PM
Ayer hitam jual pasu,

Sudah kalah terus lesu.....

(Pantun dua kerat)

Kahkahkahkah
Quote akies 1-12-2021 06:55 PM
Wlpn nampak mcm tak matang perangai sekor2..
Tp tu la kan..sape suh menganjing org kuat.
Ejek org tu gemok la.suh diet la..
Bagi McD la..

Kan bila dh jd mcm ni..org bertepuk tangan..
Makan rumput la team Jamaica!
Hihi
Quote xy_daen 1-12-2021 07:18 PM
Dari Yong Peng ke Singapura,
Rehat singgah di Johor Baharu
Peel samseng konon juara
Sudah kalah tahu pun malu


Prfttttttt..
Quote kivio 1-12-2021 08:08 PM
Aku benci si nusi ni.
Tapi dalam kes ni, aku side dgn biliau hehe
Sharp shooter
Quote kitmal 1-12-2021 08:18 PM
Kuat salak jer.,..salak bukit...
Quote syamzana 1-12-2021 08:30 PM
bodo sungguh org2 kenamaan kat negara ni. dah tua bangka sume pun peel mcm bdk2. sesuai la korang
Quote capiloton 1-12-2021 08:43 PM
konfem koyak hati tisu anak raja negara sebelah  
Quote CiliPadiSedap 1-12-2021 09:39 PM
beli cempedak di luar pagar
masak sebiji di atas rice cooker
Kalau xtahu main bola
Sila balik 2- 0

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.314111 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top